Monday 17 November 2014

Kiamat Itu Benar


Bismillahi walhamdulillah..
Assalamualaikum wbt..

Teman,
Sedarkah kita..
Kita berada pada akhir zaman..
Penghujung akhir zaman..
Pengakhiran kepada akhir zaman..
Takutnya Allah !

Namun..bilakah permulaan perkiraan akhir zaman itu?
Akhir zaman itu telah bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu..
Allahu Allah..
Kerana dia khatimul anbiya'..
Tiada lagi Rasul setelah itu..
Allahumma solli 'ala muhammad . 

Saya mohon..
Saya dan kita semua..
Bersiap-siaga untuk kiamat dan akhirat mendatang..
Sedar dan tidak hanyut dibawa arus dunia..
Dunia penuh tipu daya dan fitnah..
Allah..

Zaman ini..
Peringkat zaman terakhir sebelum kiamat..
Zaman yang kata ulama'..
Kita kena gigit kuat2 syariat Allah dan Sunnah Rasulullah..
Zaman penuh mencabar.. 




Jangan kita..
Setelah matahari terbit dari Barat..
Tanda kiamat bakal berlaku..
Baru kita tersedar dari lena yang panjang..
Baru cepat2 nak bertaubat..
Baru tergesa-gesa untuk beribadah..
Malangnya..
pintu taubat sudah tertutup..
Tiada lagi kiraan amal dan dosa. 

Mari kita..
Sama2 amalkan QS al-Kahfi. 
Pelindung dari fitnah dajjal. 
Ia fitnah yang besar..
Fitnah berbisa..
Hakikatnya telah kita pelajari dan ketahui..
Namun praktikal apabila berhadapan dengannya berdasarkan amalan kita..

Jom kita..
Jangan tangguh lagi..
Segera bertaubat apabila berbuat dosa..
Biar terus terhapus dosa itu..
Supaya tidak tertutup hati kita dari menerima hidayah dari Allah..
Astaghfirullahal'azim...


Ya Allah Ya Tuhan kami..
Tunjukilah kami jalan yang lurus sehingga ke akhirnya..
Jalan yang Engkau redhai..
Kurniakan kami husnul khatimah (kesudahan yang baik)..
Masukkan kami ke syurgaMu..
Jauhi kami dari azabMu sama ada di dunia mahupun azab neraka di akhirat kelak..
Engkau sandaran kami Ya Allah..
Kami bertawakkal dan mohon petunjuk dariMu Allah..
Bantu kami Ya Allah..
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..

:'(





No comments:

Post a Comment