Rujukan Proposal




KERTAS KERJA

KARNIVAL SUKAN ANTARA SAKAN
(KSAS)

24 OGOS 2013
(SABTU)

ANJURAN:
-EXCO AMAR RIADHAH (AMR) PMKIAS
-BIRO SUKAN & REHLAH JTK


‘Sukan Menjana Keperibadian Muslim’


RINGKASAN EKSEKUTIF


Nama Program

Karnival Sukan Antara Sakan (KSAS)

Tarikh

24 Ogos 2013 (Sabtu)

Tempat
Sekitar Sakan Abu Bakar, Sakan Khadijah dan Sakan Aisyah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Anjuran

-Exco Amar Riadhah (Amr) PMKIAS
-Biro Sukan & Rehlah JTK

Penyertaan
Semua mahasiswa/wi yang tinggal di asrama KIAS (terbuka kepada mahasiswa/wi yang tinggal di luar).

Matlamat

Memberi pendedahan kepada warga KIAS dalam bidang sukan serta memberi peluang kepada warga KIAS untuk memberi penglibatan dalam bidang sukan.

Objektif
  • Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan mahasiswa/wi KIAS.
  • Menanam minat mahasiswa/wi terhadap aktiviti sukan yang dapat menjana insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
  • Mengeratkan ukhuwah dan tali persaudaraan dalam kalangan mahasiswa/wi KIAS.
  • Melahirkan mahasiswa/wi yang mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi melalui sukan.
  • Mempromosikan aktiviti luar bilik kuliah.

Anggaran Kos

RM



KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN ANTARA SAKAN (KSAS)

1.0              Pengenalan
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, mahasiswa/wi kita bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti akademik, sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
            Bersukan merupakan salah satu usaha kita untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan sedang agama memberi perhatian yang serius. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari).
Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar baik dan selamat disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah. Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim).
Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah “sihat” merupakan anugerah dari Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat tetapi jangan sampai melekakan. Rasulullah S.A.W. bersabda “ Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang ” (Hadis riwayat Bukhari).
Atas kesedaran inilah, maka kami sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang melibatkan mahasiswa/wi. Pengalaman bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh pada masa akan datang.
2.0              Tujuan

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan dan perbelanjaan daripada Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP), KIAS berhubung cadangan mengadakan program Karnival Sukan Antara Sakan (KSAS).

3.0              Objektif

Objektif program ini adalah untuk:

3.1              Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan mahasiswa/wi KIAS
3.2              Menanam minat mahasiswa/wi terhadap aktiviti sukan yang dapat menjana insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal
3.3              Mengeratkan ukhuwah dan tali persaudaraan dalam kalangan mahasiswa/wi KIAS
3.4              Melahirkan mahasiswa/wi yang mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi melalui sukan
3.5              Mempromosikan aktiviti luar bilik kuliah

4.0              Tema program

SUKAN MENJANA KEPERIBADIAN MUSLIM

5.0              Anjuran

-Exco Amar Riadhah (Amr) PMKIAS
-Biro Sukan & Rehlah JTK



                                                
6.0              Tarikh

24 Ogos 2013 (Sabtu)
8.00 pagi – 3.30 petang


7.0              Tempat

Sekitar Sakan Abu Bakar, Sakan Khadijah dan Sakan Aisyah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

8.0       Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa pengurusan program adalah seperti dalam LAMPIRAN A


9.0              Mahasiswa

Seramai 500 orang mahasiswa yang mengikuti program.


10.0          Senarai Permainan

Rujuk LAMPIRAN B.


11.0          Tentatif program

Tentatif program sepanjang program ini seperti dalam LAMPIRAN C.   


12.0          Perbelanjaan
Butiran penuh seperti dalam LAMPIRAN D.


12.0     Penutup

Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lancar supaya objektif yang dirancang berjaya dicapai. Semoga dengan terlaksananya program ini dapat menjalinkan ukhwah dan kesepakatan antara penghuni asrama KIAS. Pihak PMKIAS dan JTK merasakan bahawa program ini seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak, sama ada terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Hal ini kerana ia bakal menjana hasil yang positif di mana kesinambungannya yang bermanfaat adalah penting untuk kesemua warga penghuni asrama dan masyarakat setempat . Penyertaan yang benar-benar komited dan optimum seharusnya dijadikan iltizam dan aspirasi dalam pembentukan koloni mahasiswa dan masyarakat yang unggul dan cemerlang dalam semua aspek.
















LAMPIRAN A

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

PENAUNG
Y. BHG. PROF. DR. ABDUL AZIZ BIN MAT ZIN
Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar),
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

PENASIHAT I
Y. BRS. DR. MOHD AZHAR BIN ABDULLAH
Timbalan Ketua Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar),
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

PENASIHAT II

Pengerusi, Exco Amar Riadhah (AMR)
Persatuan Mahasiswa
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

PENASIHAT III
AMMAR ARIFFIN BIN NASARUDDIN
Pengerusi Jawatakuasa Tindakan Kediaman
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

KETUA LUJNAH REHLAH & RIADHAH
MOHD FAZLI BIN MOHAMMAD RIDZWAN

TIMBALAN KETUA LUJNAH REHLAH & RIADHAH
SALSABILA BINTI HISHAM

JAWATANKUASA PELAKSANA


PENGARAH PROGRAM
MOHD FAZLI BIN MOHAMMAD RIDZWAN

TIMBALAN PENGARAH
SALSABILA BINTI HISHAM

SETIAUSAHA
NOR AMALINA BINTI MAZLAN

BENDAHARI
JAMILAH BINTI ISHAK

UNIT PROTOKOL/PERHUBUNGAN
AHMAD MUZZAMEL BIN ALBAKRI

UNIT AKTIVITI & PERMAINAN
HAFIZUL HAKIMI BIN ZAKARIA
SITI ASIAH BINTI ABU HANIPAH

UNIT PERALATAN
‘ABDUL HAIY BIN NOHIMI

UNIT PERSEGARAN
SITI AMINAH BINTI ABU BAKAR

UNIT MULTIMEDIA (PA SYSTEM)
LUQMAN HAKIM BIN MUHAMMAD JAIL


UNIT LOGISTIK & TEMPAT
KAMARUL LOKMAN BIN MOHD PERAI
HAKIMA ADILA BINTI CHE YUSOFF ZAKI

UNIT CENDERAHATI & HADIAH
FARHAH NABILAH BINTI MOHAMAD FAUZI

UNIT KESELAMATAN
AMMAR ARIFFIN BIN NASARUDDIN





















                                   LAMPIRAN B

SENARAI PERMAINAN

Muslimin
  • Bola sepak
  • Bola tampar
  • Ping pong
  • Badminton

Muslimat
  • Bola jaring
  • Bola tampar
  • Ping pong
  • Badminton
  • Congkak
  • Karom
  • Dam
  • Catur












LAMPIRAN C

TENTATIF PROGRAM


23 OGOS 2013 (SABTU)

8.00 pagi         :           Mahasiswa berkumpul
8.15 pagi         :           Ucapan KE dan perasmian         
8.30 pagi         :           Taklimat pertandingan
                                   - Jadual perlawanan
                                   - Peraturan pertandingan
8.45 pagi         :          Pertandingan bola sepak, bola jaring, badminton,bola
                                    tampar, dan ping pong peringkat kumpulan
                        :          Permainan congkak, karom dan dam
1.00  t.hari      :           Rehat
2.30 petang     :          Majlis penyampaian hadiah
3.30 petang     :           Bersurai








 

 



 



LAMPIRAN D

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN PENDAPATAN

BIL
PERKARA
HARGA (RM)
JUMLAH/ KUMPULAN
BIL. KUMPULAN
JUMLAH (RM)
1.0
Peruntukan HEP
Peruntukan Sumbangan
JUMLAH



1500.00
350.00
2.0
Yuran Mahasiswa

  2.1 Pertandingan Bola sepak
  2.2 Pertandingan Bola tampar
  2.3 Pertandingan Bola jaring
  2.4 Pertandingan Ping pong
·   Perseorangan :
·   Beregu :
  2.5 Pertandingan
        Badminton
·   Perseorangan :
·   Beregu :
  2.6 Pertandingan Congkak
  2.7 Pertandingan Catur
  2.8 Pertandingan Karom
  2.9 Pertandingan Dam
  
JUMLAH

[RM 1.00 / permainan]
1.00


1.00

1.00

1.00
1.00


1.00
1.00
1.00
1.00
1.00
1.00


          
12


5

7

1
2


1
2
1
1
1
1

          
                      


8


8

8

8
8


8
8
10
10
10
10


96.00


40.00

56.00

8.00
16.00


8.00
16.00
10.00
10.00
10.00
10.00


280.00

JUMLAH BESAR
 RM 2130.00


ANGGARAN  PERBELANJAAN

BIL
PERKARA
HARGA
(RM)
KUANTITI
JUMLAH
(RM)
1.0
Makanan
1.1  Ajk-ajk pelaksana
1.2  Jamuan VIP
1.3  Makanan & minuman mahasiswa
JUMLAH

5.00
10.00
5.00

30
10
500

150.00
140.00
250.00

540.00
2.0




Hadiah dan cenderahati
5.1 Hamper (Bola sepak, bola jaring, bola tampar)
:Tempat pertama
:Tempat kedua
:Tempat ketiga

5.2 Hamper (Ping pong beregu, badminton beregu)
:Tempat pertama
:Tempat kedua
:Tempat ketiga

5.2 Hamper (Ping pong dan badminton perseorangan, dam, catur, karom, congkak)
:Tempat pertama
:Tempat kedua
:Tempat ketiga

      JUMLAH



70.00
50.00
30.00



50.00
30.00
15.00




30.00
20.00
10.00




4
4
4



4
4
4




8
8
8



280.00
200.00
120.00



200.00
120.00
60.00




240.00
160.00
80.00

1460.00
3.0
Peralatan sukan
100.00

100.00
4.0

Rencam
50.00

50.00
                                                                                              JUMLAH
2150.00





















Disediakan Oleh,                                          

..................................................
( NOR AMALINA MAZLAN )
Setiausaha,
Karnival Sukan Antara Sakan (KSAS),
Kolej Islam Antarabangsa Sulta Ismail Petra (KIAS).


Disemak Oleh,

.........................................................
(WAN MOHD ZUHILMI WAN YAHYA)
Pengerusi  Exco Amar Riadhah (AMR),
Kolej Islam Antarabangsa Sulta Ismail Petra (KIAS).
.

Disemak Oleh,

.........................................................
(DR. MOHD AZHAR ABDULLAH)
Timbalan Ketua Eksekutif,
Hal Ehwal Pelajar (HEP),
Kolej Islam Antarabangsa Sulta Ismail Petra (KIAS).
.



No comments:

Post a Comment