Thursday 20 November 2014

Indahnya Hidup Kerana Allah :)

Wahai diri...

Sedarkah siapa kita ?
Sedarkah dari mana hadirmu ?

Hadir kita dari sehina-hina keadaan..
Hadir kita dari setetes mani yang dari itu kita merentasi proses yang panjang dari segumpal darah menjadi seorang insan..
Bagaimana itu semua boleh berlaku?
Pelik, hairan, ajaib tapi BENAR !
Maha Suci Allah..!
Maka terjawab lah persoalan "Dari mana manusia datang?" [QS Al-'Alaq : 1-5].

Namun..
Ia tidak terhenti di situ..
Belum ! Nanti dulu !
Penciptaan itu bukan sia-sia..
Jangan kita lupa..
Kita insan yang ditaklifkan..
Menjadi khalifah Allah di muka bumi ini (QS Al-Baqarah :30)..
Untuk mentaatiNya..
MengesakanNya..
MengagungkanNya..
Menjauhi laranganNya..
Beribadah kepadaNya (QS Az-Dzaariyat : 56)..
Itu ikrar kita sejak di alam rahim..
Maka terjawablah persoalan "Kenapa manusia datang ke alam ini?"

Lalu kita tertanya-tanya..
Ke mana kita setelah kematian dan pemergian kita dari dunia ini?
Terasa macam sudah lama hidup..
Tapi tidak pasti ke mana selepas ini..
Adakah kita akan berada dalam tanah dan akan hancur sebagaimana hancurnya pokok kayu?

Tidak, tidak dan tidak .

Kita dicipta dengan matlamat..
Manusia pasti akan dipersoalkan tentang segala perbuatan yang dibuat di atas dunia..
Apakah kita telah melaksanakan apa yang sepatutnya ?
Atau kita hanya hidup senang-lenang berfoya-foya tanpa punya tujuan hidup ?
Wal'iyazubillah !




Hakikatnya..
Kita akan pulang menemui Pencipta kita..
Berjumpa setelah 'dilepaskan' di bumi seketika.
Lalu disoal:
-Apa yang telah kita buat ?
-Kenapa kita melakukan itu dan ini ?
-Apa yang telah kita sumbangkan untuk membangunkan Islam ?
-Apa yang telah kita lakukan untuk membawa manusia kepada Allah ?
.
.
.
.
.
.
.

Allahu Allah.....

Lupakah kita ?
Dunia fana ini hanya sementara..
Akhirat sana lah yang kekal abadi..

Dunia sini tempat bercucuk tanam..
Akhirat sana baru hasilnya dikutip..

Dunia ini tempat bersusah paya dan berpenat lelah..
Akhirat sana tempat berehat rehat dan bersenang lenang..

Maka terjawablah persoalan ketiga dan terakhir iaitu "Ke mana hala tuju kita selepas kematian?" 

Tanyalah diri kita dengan kerap..
3 persoalan asasi yang bakal terjawab..
Tanyalah selalu agar kita ingat..
Agar hati selalu mengharap..
Dan diri sentiasa ingat..
Indahnya kehidupan jika segalanya kerana Allah !

Rindunya untuk kembali kepadaMu ya Allah.... <3








No comments:

Post a Comment