Thursday 25 July 2013

Jom buru Lailatul Qadar!

LAILATULQADAR adalah malam yang istimewa. 
Kelebihan yang ada pada malam Lailatulqadar lebih baik dari seribu bulan termaktub dalam Al-Qur'an iaitu di dalam Surah Al-Qadar:


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut), Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Surah Al-Qadar 097:1-5)





Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:


” Ramadhan telah datang kepada kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah SWT memfardukan ke atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan yang amat jahat. Pada bulan Ramadhan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya maka sesungguhnya dia diharamkan” (Diriwayatkan Saunan An-Nasa’ie Dengan Syarah Imam Suyuti)



 


Pd mlm ini,setiap malaikat mendoakan umat yg bermunajat mlainkan 4 golongan;
-Org yg kekal minum arak

-Org yg derhaka pd ibubapa
-Org yg memutuskan silaturrahim
-Org yg tidak bercakap dgn saudaranya melebihi 3 hari


Pendapat2/kaedah pencarian Lailatul Qadar [semoga bermanfaat]..



1)Kaedah mencari malam Lailatul Qadr mengikut panduan Iman Al-Ghazali; 


·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu,

jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-29.


·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin,

jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-21.


·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat,

jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-27.


·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis,

jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-25.


·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu,

jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-23.



#Berkata Sheikh Abu Hassan seorang ulama' "Selama baligh ku tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan kaedah yang tersebut ini."





2)Pendapat menyatakan Lailatul Qadar pada 27 Ramadan..

Ada juga hadis yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar itu berlaku pada malam ke 27. Muawiyah, Ibn Umar, Ibn Abbas dan lain-lain: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malam Al-Qadar itu adalah malam ke 27." Sekumpulan ulama salaf bersetuju dengan waktu ini. Begitu juga mazhab Imam Ahmad bin Hanbal (Hanbali) dan riwayat daripada Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi). Diceritakan daripada sesetengah ulama salaf bahawa mereka berpendapat malam Al-Qadar berlaku pada malam ke 27 kerana perkataan dalam Surah Al-Qadar yang merujuk kepada ganti nama malam Al-adar merupakan kalimah yang ke 27 dalam Surah tersebut. (Ibn Kathir halaman 3823).





3)Pandangan Imam Syafi'i; malam Lailatul Qadr pada malam ke-21 atau malam ke-23.


4)'Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan  yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (H.R  Bukhari, Muslim, at-Tarmizi dan Ibnu Majah).


5)Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa baginda saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadr di dalam sepuluh  hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25."(H.R.  Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik).


6)Hasan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik kerana malaikat berpusu2 naik ke langit setelah turun ke bumi pd mlm itu utk mengaminkan doa umat yang bermunajat.

Antara amalan yg boleh dilakukan pd malam al-qadar:

-solat sunat 2 rakaat
-istighfar,zikrullah,selawat ke atas nabi
-solat tarawih
-membaca al-quran
-solat tahajjud
-Banyakkan membaca doa ini (doa yg diajar oleh Rasulullah SAW kpd Aisyah R.A.)
>>Allahummainnaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli..
-amalan wanita haid-doa,istighfar,tasbih,takbir,tahmid,sedekah,mnjaga maruah dan akhlak....


Alangkah beruntungnya mreka yg beribadat mndekatkan diri kpd Allah pd mlm al-qadar ..mereka yg beriman akn bersungguh2 mghidupkan mlm ramadan dgn ibadat2 sunat yg pahalanya seperti bt ibadat wajib dn ibadat wajib yg pahalanya dilipatkaligandakan 70 ibadat fardhu...masyaAllah...!




Wallahu'alam..




Mood:countdown Lailatul Qadar ^^ feeling excited...

No comments:

Post a Comment