Perihal Ramadhan





Hadis-hadis berkaitan Ramadan

Hadis 1
Daripada Abu Hurairah RA katanya:
Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya:“Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Hadis 2
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW:
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya” (Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

Hadis 3
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Zat yang jiwaKu berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)

Hadis 4
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

Hadis 5
Abu Umamah r.a berkata:
“AKu bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, tunjukkan daKu satu amalan yang membolehkan daKu memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya” (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Hadis 6
Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Hadis 7
Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)

Hadis 8
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Diriwayatkan Tirmizi dan Nasa’i)

Hadis 9
Dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab, katanya : “Aku telah diberitahu oleh ibnu Abi Anas ketua dari kabilah Taimi mengatakan bahawasanya ayahnya memberitahukan kepadanya bahawa Abu Hurairah r.a. berkata : “Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahanam, dan dirantai semua syaitan.” (Diriwayatkan Bukhari)

Hadis 10
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
” Ramadhan telah datang kepada kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah SWT memfardukan ke atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan yang amat jahat. Pada bulan Ramadhan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya maka sesungguhnya dia diharamkan” (Diriwayatkan Saunan An-Nasa’ie Dengan Syarah Imam Suyuti)

Hadis 11
Daripada Ibn `Abbas RA katanya:
“Adalah Nabi SAW manusia yang paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat)”. (Diriwayatkan Bukhari)

Hadis 12
Daripada Abu Hurairah RA katanya:
“Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10 yang seumpamanya” (Diriwayatkan Bukhari)

Dipetik dari Al-Hijrah Muamalat




Lailatul Qadar 


Jom buru Lailatul Qadar!
"Carilah dgn segala upayamu malam al-Qadar pd mlm2 gnjil dripda 10 mlm2 akhir dlm bulan Ramadan"--Hadis Bukhari..

Pd mlm ini,setiap malaikat mendoakan umat yg bermunajat mlainkan 4 golongan;
-Org yg kekal minum arak
-Org yg derhaka pd ibubapa
-Org yg memutuskan silaturrahim
-Org yg tidak bercakap dgn saudaranya melebihi 3 hari

Kaedah mencari malam Lailatul Qadr mengikut panduan Iman Al-Ghazali;
·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-29.
·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-21.
·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-27.
·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-25.
·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu,
jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-23

Berkata Sheikh Abu Hassan seorang ulama' "Selama baligh ku tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan kaedah yang tersebut ini."

Walaubagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Ini sebagai panduan, Imam-imam yang lain ada kaedahnya yang tersendiri mengikut pengalaman mereka.

Pandangan Imam Syafi'i; malam Lailatul Qadr pada malam ke-21 atau malam ke-23

'Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan  yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (H.R  Bukhari, Muslim, at-Tarmizi dan Ibnu Majah)

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa baginda saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadr di dalam sepuluh  hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25."(H.R.  Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik)

Hasan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik kerana malaikat berpusu2 naik ke langit setelah turun ke bumi pd mlm itu utk mengaminkan doa umat yang bermunajat.

Antara amalan yg boleh dilakukan pd malam al-qadar:
-solat sunat 2 rakaat
-istighfar,zikrullah,selawat ke atas nabi
-solat tarawih
-membaca al-quran
-solat tahajjud
-Banyakkan membaca doa ini (doa yg diajar oleh Rasulullah SAW kpd Aisyah R.A.)
>>Allahummainnaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli..
-amalan wanita haid-doa,istighfartasbih,takbir,tahmidsedekah,mnjaga maruah dn akhlak....

Alangkah beruntungnya mreka yg beribadat mndekatkan diri kpd Allah pd mlm al-qadar ..mereka yg beriman akn bersungguh2 mghidupkan mlm ramadan dgn ibadat2 sunat yg pahalanya seperti bt ibadat wajib dn ibadat wajib yg pahalanya dilipatkaligandakan 70x...masyaAllah...!





Sunnah-Sunnah Berpuasa dalam Bulan Ramadhan
1. Mempercepat (ta’jil) buka puasa jika sudah yakin masuk waktu berbuka (yakni terbenamnya matahari). Jika ragu, maka dia harus berhati-hati dengan menunda sebentar buka puasa sampai merasa yakin dengan masuknya waktu berbuka.
2. Sahur, walaupun dengan seteguk air. Masuk waktu sahur mulai pertengahan malam.
3. Mengakhirkan sahur di akhir malam. Disunnahkan untuk berhenti makan sebelum terbitnya fajar seukuran membaca 50 ayat (seperempat jam).
4. Berbuka dengan kurma muda (ruthab), jika tidak ada maka dengan kurma, jika tidak ada maka dengan air zamzam, jika tidak ada maka dengan air biasa, jika tidak ada maka dengan makanan manis yang masak tanpa menggunakan api (seperti madu atau kismis), jika tidak ada maka makanan manis yang masak dengan api.
5. Berdoa saat berbuka, lafadz yang terpendek adalah: “Allahumma laka shumtu, wa bika aamantu, wa ‘ala rizqika afthartu”.
6. Memberi makan untuk orang yang berbuka.
7. Jika berhadats besar, disunnahkan mandi janabah / mandi besar sebelum terbit fajar.
8. Mandi di malam hari setiap ba’da Maghrib di bulan Ramadhan, supaya lebih giat untuk qiyamul lail (tarawih, tadarrus, dll).
9. Senantiasa melaksanakan shalat Tarawih selama bulan Ramadhan.
10. Senantiasa melaksanakan shalat Witir. Shalat Witir pada bulan Ramadhan mempunyai kekhususan hukum yaitu:
a. Disunnahkan untuk dilaksanakan secara berjama’ah.
b. Disunnahkan bagi imam untuk memperkeras bacaan.
c. Disunnahkan untuk membaca qunut pada separuh kedua bulan Ramadhan.
11. Memperbanyak bacaan Alquran.
12. Memperbanyak melakukan kesunnahan-kesunnahan, seperti shalat Rawatib, shalat Dhuha, shalat Tasbih, dan sebagainya.
13. Memperbanyak amal-amal shalih, seperti shadaqah, shilaturrahmi, menghadiri majlis taklim/pengajian, i’tikaf, umrah, menjaga hati dan anggota tubuh dari perbuatan maksiat, memperbanyak doa, dan sebagainya.
14. Lebih meningkatkan semangat ibadah pada 10 hari terakhir, mengejar lailatul qadar pada malam-malam tersebut, terutama pada tanggal-tanggal ganjilnya.
15. Lebih memperbanyak dalam menafkahi keluarganya.
16. Meninggalkan banyak bergurau, terutama yang mengandung ejekan. Jika diejek oleh seseorang, harus segera ingat bahwa dirinya sedang berpuasa.



 Kelebihan Tarawih

Maksudnya:
“Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
[Riwayat Muslim]






Perkara yang Membatalkan Pahala Puasa
1. Ghibah, yaitu menyebutkan sesuatu tentang seseorang ketika orang tersebut tidak ada, sekiranya dia mendengar, dia akan merasa tidak suka, walaupun isi pembicaraan itu benar adanya.
2. Namimah, yaitu menyebarkan berita dengan tujuan terjadinya fitnah.
3. Bohong.
4. Melihat sesuatu yang diharamkan, atau melihat sesuatu yang halal namun dengan syahwat.
5. Sumpah palsu.
6. Berkata keji, atau melakukan perbuatan keji.

  Wallahu'alam..



1 comment: