Thursday 20 November 2014

Indahnya Hidup Kerana Allah :)

Wahai diri...

Sedarkah siapa kita ?
Sedarkah dari mana hadirmu ?

Hadir kita dari sehina-hina keadaan..
Hadir kita dari setetes mani yang dari itu kita merentasi proses yang panjang dari segumpal darah menjadi seorang insan..
Bagaimana itu semua boleh berlaku?
Pelik, hairan, ajaib tapi BENAR !
Maha Suci Allah..!
Maka terjawab lah persoalan "Dari mana manusia datang?" [QS Al-'Alaq : 1-5].

Namun..
Ia tidak terhenti di situ..
Belum ! Nanti dulu !
Penciptaan itu bukan sia-sia..
Jangan kita lupa..
Kita insan yang ditaklifkan..
Menjadi khalifah Allah di muka bumi ini (QS Al-Baqarah :30)..
Untuk mentaatiNya..
MengesakanNya..
MengagungkanNya..
Menjauhi laranganNya..
Beribadah kepadaNya (QS Az-Dzaariyat : 56)..
Itu ikrar kita sejak di alam rahim..
Maka terjawablah persoalan "Kenapa manusia datang ke alam ini?"

Lalu kita tertanya-tanya..
Ke mana kita setelah kematian dan pemergian kita dari dunia ini?
Terasa macam sudah lama hidup..
Tapi tidak pasti ke mana selepas ini..
Adakah kita akan berada dalam tanah dan akan hancur sebagaimana hancurnya pokok kayu?

Tidak, tidak dan tidak .

Kita dicipta dengan matlamat..
Manusia pasti akan dipersoalkan tentang segala perbuatan yang dibuat di atas dunia..
Apakah kita telah melaksanakan apa yang sepatutnya ?
Atau kita hanya hidup senang-lenang berfoya-foya tanpa punya tujuan hidup ?
Wal'iyazubillah !




Hakikatnya..
Kita akan pulang menemui Pencipta kita..
Berjumpa setelah 'dilepaskan' di bumi seketika.
Lalu disoal:
-Apa yang telah kita buat ?
-Kenapa kita melakukan itu dan ini ?
-Apa yang telah kita sumbangkan untuk membangunkan Islam ?
-Apa yang telah kita lakukan untuk membawa manusia kepada Allah ?
.
.
.
.
.
.
.

Allahu Allah.....

Lupakah kita ?
Dunia fana ini hanya sementara..
Akhirat sana lah yang kekal abadi..

Dunia sini tempat bercucuk tanam..
Akhirat sana baru hasilnya dikutip..

Dunia ini tempat bersusah paya dan berpenat lelah..
Akhirat sana tempat berehat rehat dan bersenang lenang..

Maka terjawablah persoalan ketiga dan terakhir iaitu "Ke mana hala tuju kita selepas kematian?" 

Tanyalah diri kita dengan kerap..
3 persoalan asasi yang bakal terjawab..
Tanyalah selalu agar kita ingat..
Agar hati selalu mengharap..
Dan diri sentiasa ingat..
Indahnya kehidupan jika segalanya kerana Allah !

Rindunya untuk kembali kepadaMu ya Allah.... <3








Monday 17 November 2014

Kiamat Itu Benar


Bismillahi walhamdulillah..
Assalamualaikum wbt..

Teman,
Sedarkah kita..
Kita berada pada akhir zaman..
Penghujung akhir zaman..
Pengakhiran kepada akhir zaman..
Takutnya Allah !

Namun..bilakah permulaan perkiraan akhir zaman itu?
Akhir zaman itu telah bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu..
Allahu Allah..
Kerana dia khatimul anbiya'..
Tiada lagi Rasul setelah itu..
Allahumma solli 'ala muhammad . 

Saya mohon..
Saya dan kita semua..
Bersiap-siaga untuk kiamat dan akhirat mendatang..
Sedar dan tidak hanyut dibawa arus dunia..
Dunia penuh tipu daya dan fitnah..
Allah..

Zaman ini..
Peringkat zaman terakhir sebelum kiamat..
Zaman yang kata ulama'..
Kita kena gigit kuat2 syariat Allah dan Sunnah Rasulullah..
Zaman penuh mencabar.. 




Jangan kita..
Setelah matahari terbit dari Barat..
Tanda kiamat bakal berlaku..
Baru kita tersedar dari lena yang panjang..
Baru cepat2 nak bertaubat..
Baru tergesa-gesa untuk beribadah..
Malangnya..
pintu taubat sudah tertutup..
Tiada lagi kiraan amal dan dosa. 

Mari kita..
Sama2 amalkan QS al-Kahfi. 
Pelindung dari fitnah dajjal. 
Ia fitnah yang besar..
Fitnah berbisa..
Hakikatnya telah kita pelajari dan ketahui..
Namun praktikal apabila berhadapan dengannya berdasarkan amalan kita..

Jom kita..
Jangan tangguh lagi..
Segera bertaubat apabila berbuat dosa..
Biar terus terhapus dosa itu..
Supaya tidak tertutup hati kita dari menerima hidayah dari Allah..
Astaghfirullahal'azim...


Ya Allah Ya Tuhan kami..
Tunjukilah kami jalan yang lurus sehingga ke akhirnya..
Jalan yang Engkau redhai..
Kurniakan kami husnul khatimah (kesudahan yang baik)..
Masukkan kami ke syurgaMu..
Jauhi kami dari azabMu sama ada di dunia mahupun azab neraka di akhirat kelak..
Engkau sandaran kami Ya Allah..
Kami bertawakkal dan mohon petunjuk dariMu Allah..
Bantu kami Ya Allah..
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..

:'(





Maha Pemurah dan Penyayang Nya Allah


Bismillahirrahmanirrahim..

Sungguh!
Benar!
Allah Azza Wa Jalla..
Dia lah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Penyayangnya Allah berganda-ganda melebihi sayangnya seorang ibu yang penyayang kepada anaknya yang amat disayangi..
Allahu Allah..:'(




Jom baca Hadith Qudsi ni..

Hadith Rasulullah SAW drpd Saidina Uthman bin 'Affan..
Baginda SAW telah bersabda (mafhumnya):

"Sesungguhnya telah sampai umur umatku 40 tahun, maka akan Aku jauhkan darinya 3 penyakit iaitu gila, sopak dan kusta. Apabila sampai umur nya 50 tahun, Aku akan hisab ia dengan hisab yang ringan. Apabila umurnya sampai 60 tahun, Aku akan campakkan ke dalam hatinya rasa seronok untuk bertaubat kepadaKu. Apabila telah sampai umurnya 70 tahun, Aku akan meminta malaikat kasih kepadanya. Apabila umurnya sudah sampai 80 tahun, Aku akan tulis kebajikan baginya dan Aku tidak akan memandang akan kejahatan yang dilakukannya. Apabila telah sampai umurnya 90 tahun, maka diampunkan dosanya, Aku akan mempermudah urusannya dan mengurniakan syafaat kepadanya. Apabila sudah sampai umur 90 tahun (umur nyanyuk), ketika itu Allah tuliskan kebaikan2 baginya yang pernah dia lakukan ketika dia kuat dan sihat dahulu. Jika ada kesalahan yang dilakukan pada waktu ini, Allah tidak akan tulis dosa baginya."

[Hadith Riwayat Imam Tirmidzi]

Kesimpulannya:
1)Bergembiralah kamu wahai golongan 40 tahun ke atas..
Semoga berkat umurmu..
Ini lah masamu untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya.
2)Bersyukurlah bagi mereka yang ada dalam jagaan mereka golongan 40 tahun ke atas ini..
Semoga berkat kehidupanmu..
Ini lah masa bagimu untuk menabur jasa, menambah amal serta mengutip hasil mu di akhirat kelak in shaa Allah.
3)Wahai orang muda..
Berlembutlah kamu dengan golongan ini terutamanya ibu dan bapamu..
Semoga ganjaran yg besar menantimu di sana.
4)Wahai golongan yang disebut dalam hadith di atas..
Sungguh besar keebihanmu..
Semoga janji Allah ini tidak dipersiakan.

Mari semuanya..
Fastabiqulkhairat !


Friday 14 February 2014

Tawakkal Sedekah !

Nabi S.A.W. bersabda:

"Harta tidak akan berkurangan kerana SEDEKAH, dan tidak akan Allah tambahi kepada seseorang yang mengampunkan kecuali KEMULIAAN, dan tiadalah seseorang yang merendahkan dirinya kerana Allah kecuali akan diTINGGIkan KEDUDUKAN mereka oleh Allah S.W.T."

Hadith Riwayat Muslim dan al-Tirmidzi.



Wednesday 30 October 2013

70 Dosa-dosa Besar:::::Hindari ia..jom sukat diri!

70 Dosa-dosa Besar
Mengikut Imam Azzahabiyy
dalam kitab “Al-Kabaair”, beliau cuba
menghimpunkan jenis dosa-dosa besar
sebanyak 70 perkara.





1. Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
=> Seseorang yang menerima ilmu tetapi tidak menyampaikan kepada sesiapa.
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sampaikan dariku walaupun satu ayat.”

 2. Bersaksi palsu
=> “Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-Mumtahanah:12].

3. Berjudi
=> “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” [Al Maa idah: 90].

4. Bersumpah palsu
=> “Sesungguhnya orang-orang  yang menukar janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak akan mendapatkan pahala di akhirat. Dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka, dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, bahkan tidak akan menetapkan kesucian mereka dan mereka akan mendapat  seksaan yang pedih.” [Ali Imran: 77].



5. Berbohong
=> Sabda Rasulullah S.A.W. : “Tanda-tanda orang munafik ada tiga macam yaitu :
1. apabila ia berbicara berdusta 2. apabila berjanji ingkar dan 3. apabila dipercaya khianat." 
[HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah].

6. Solat dengan memakai pakaian yang bergambar

7. Melacur

8. Menindas orang yang lemah

9. Berdebat dan bermusuh

10. Bersifat dayus
=> “Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus." [HR Ahmad & An-Nasaie].

11.Bercakap kasar dengan orang tua

12. Mendustai Allah dan Rasul-Nya

13. Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya

14. Derhaka pada suami
=> “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka.” [Al-Nisa’: 34].

15. Hakim derhaka/ tidak amanah


16. Homoseks( hubungan sejenis)
 => “Ada empat kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai Allah. Para sahabat lalu bertanya, siapakah mereka itu, ya Rasulullah? Beliau lalu menjawab, laki-laki yang menyerupai perempuan, perempuan yang meyerupai laki-laki, orang yang meyetubuhi haiwan, dan orang-orang yang homoseks.” [HR Ahmad dan Ath-Thabrani].

17. Mengurangi timbangan dan sukatan
=> Dengan tujuan cepat untung. Termasuk juga menyembunyikan cacat barang atau barang palsu.
“Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang. Yaitu orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.” [Al Muthoffifiin: 1-3].

18. Hamba lari dari tuannya

19. Lelaki menyerupai perempuan
=> “Ada empat kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai Allah. Para sahabat lalu bertanya, siapakah mereka itu, ya Rasulullah? Beliau lalu menjawab , laki-laki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai laki-laki, orang yang menyetubuhi haiwan, dan orang-orang yang homoseks.” [HR Ahmad dan Ath-Thabrani].

20. Lari dari medan perang
 => “Mereka tidak suka berjihad dengan harta  dan jiwa mereka pada jalan Allah dan mereka berkata: Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas terik ini. Katakanlah: Api neraka jahannam itu lebih sangat panas (nya) jika mereka mengetahui.” [At Taubah: 81].

21. Membunuh manusia
=> “Orang yang membunuh manusia secara zalim (tidak dalam rangka beladiri) dihukum qisas (bunuh).” [Al-Israa: 33].


22. Membunuh diri sendiri
=> “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” [An Nisaa: 29].

23. Mengamalkan sihir
=> “...Tetapi syaitan-syaitan itu kafir mereka telah mengajarkan sihir kepada manusia.”
[Al-Baqarah: 102].

24. Meninggalkan solat lima waktu
=> “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: Kami dahulu tidak mengerjakan shalat.” [Al Muddatstsir: 42-43].

25. Meninggalkan sembahyang Jumaat

26. Menderhakai ibu bapa
=> Dosa yang terbesar antara dosa-dosa besar.

27. Memutuskan hubungan silaturrahim
 => Orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan tidak akan masuk syurga.
[Muttafaqun alaih].

28. Melakukan zina
=> Dari Aisyah RA bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak halal membunuh seorang Muslim kecuali salah satu dari 3 hal: Orang yang  telah kahwin yang berzina, ia direjam; orang yang membunuh orang Islam dengan sengaja, ia dibunuh; dan orang yang keluar dari agama Islam lalu memerangi Allah dan Rasul-Nya, ia dibunuh atau disalib atau dibuang  jauh dari negerinya.” [HR Abu Dawud dan Nasa i].


29. Makan harta anak yatim secara tidak betul

30. Makan dari kekayaan haram

31. Memberi rasuah
=>  “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” [Al-Baqarah: 188].

32. Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
=> Melabuhkan pakaian melebihi paras mata buku lali untuk menunjuk-nunjuk.

33. Makan riba
=> “Apabila perzinaan dan riba telah melanda suatu negeri maka mereka (penghuninya) sudah menghalalkan atas mereka sendiri siksaan Allah.” [HR Ath-Thabrani dan Al Hakim].

34. Minum arak
=> “Tiap minuman yang  memabukkan adalah haram (walaupun sedikit).” [HR Ahmad].

35. Mencuri
=> “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Al Maa-idah: 38].

36. Merompak

37. Melakukan kezaliman



38. Melakukan pengkhianatan
=>  Sabda Rasulullah SAW: “Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat.”

39. Menyebut-nyebut pemberian

40. Mengingkari janji

41. Memfitnah
=>  “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
 [Al Hujurat : 6].

42. Merasa aman dari kemungkaran terhadap Allah

43. Menipu harta rampasan

44. Melampaui batas

45. Menuduh zina terhadap orang baik
=> "Dan orang-orang yg menuduh wanita baik-baik (melakukan zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saks, maka deralah mereka (yg menuduh itu) dengan delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yg fasik.
 Kecuali orang-orang yg bertaubat sesudah itu dan memperbaiki dirinya, maka sesungguhnya, Alloh Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [An-Nur 4-5].




46. Mengutuk orang Islam
=> “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
 [Al Hujuraat: 11].

47. Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)

48. Mempercayai nujum atau sihir
=>  “Barang siapa yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.” [HR Ahmad].

49.Menjadi bapa sanggup

50. Mencari kesalahan orang lain

51. Mengganggu orang lain

52. Mengganggu tetangga
=>  Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yang mengganggu tetangganya, maka harum surga menjadi haram baginya dan tempatnya adalah jahannam. Dan siapa yang melanggar hak-hak tetangganya, maka bukan dari golongan kami. Jibrail terus-menerus berpesan kepadaku perihal  tetangga hingga aku menduga bahwasannya dia akan memberikan hak waris kepada tetangga”.

53. Menyakiti dan memaki orang Islam

54. Mengintip rahsia dan bukan rahsia
55. Mencaci sahabat-sahabat nabi
=>  “Antara Khalid bin Walid dan Abdurrahman bin Auf telah terjadi sesuatu lalu Khalid pun mencaci-makinya. Mendengar itu Rasulullah saw. lalu bersabda: Janganlah kamu mencaci-maki seorang pun dari para sahabatku. Sekalipun salah seorang kamu membelanjakan emas sebesar gunung Uhud, hal itu tidak dapat menandingi satu bahkan setengah mud (1 mud=543 gram) salah seorang mereka.” [HR Muslim].

56. Mengurangi wasiat

57. Mengingkari takdir

58. Putus asa dari rahmat Allah
=> "Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." [Yusuf: 87].

59. Penipuan kezaliman terhadap rakyat

60. Riak mempamerkan diri
=>  Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya perkara yang menakutkan, yang mana aku takut berlaku ke atas kalian ialah syirik kecil." Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, apakah itu syirik kecil?" Nabi menjawab: "ar-riak (menunjuk-nunjuk). Allah ta'ala akan berkata kepada mereka (orang yang riak) di masa hari penghitungan amalan: "Pergilah kamu kepada apa yang kamu pamer-pamerkan semasa kamu di dunia. Adakah kamu mendapati apa-apa kebaikan dari perkara yang kamu pamer-pamerkan itu?" [HR Ahmad].

61. Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
=> “Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [An Nisaa: 116].

62. Sombong serta angkuh dan bermegah-megah
=> “Bermegah- megah telah melalaikan kamu sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu).” [At Takatsuur: 1-3].

63. Sembelih untuk selain Allah

64. Tidak mengeluarkan zakat
=> “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” [At Taubah: 34].

65. Tidak haji jikalau mampu

66. Tidak beristinjak kencing
=> Ibnu Abbas berkata, Nabi Muhammad SAW melewati salah satu dinding dari dinding-dinding Madinah atau Mekah, lalu beliau mendengar dua orang manusia yang sedang disiksa dalam kuburnya. Nabi Muhammad SAW lalu bersabda, Sesungguhnya, mereka benar-benar sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa karena dosa besar. Beliau kemudian bersabda, Yang seorang tidak bersuci dalam kencing dan yang lain berjalan ke sana ke mari dengan menebar fitnah (mengadu domba / memprovokasi). Beliau kemudian meminta diambilkan pelepah korma yang basah, lalu dibelah menjadi dua, dan beliau letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan. Lalu dikatakan, Wahai Rasulullah, mengapakah engkau berbuat ini? Beliau bersabda, Mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah pelepah itu belum kering.
[HR Bukhari].

67. Tidak berpuasa di bulan Ramadan



68. Tidak mendengar cakap ibu bapa
=> Aku beritahukan yang terbesar-besar dari dosa-dosa besar. (Rasulullaha SAW mengulangnya hingga tiga kali). Pertama, mempersekutukan Allah. Kedua, durhaka terhadap orag tua, dan ketiga, bersaksi palsu atau berucap palsu. (Ketika itu beliau sedang berbaring kemudian duduk dan mengulangi ucapannya tiga kali, sedang kami mengharap beliau berhenti mengucapkannya). [Muttafaqun alaih].

69. Melakukan tipu daya

70. Wanita menyerupai lelaki         

=> “Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam telah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang berpenampilan seperti laki-laki.” [HR Bukhari]. 


Mari sama-sama kita bertaubat sebelum terlambat...Semoga Allah menerima taubat kita semua aamiinn!

Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (Al-Quran, surah Al-Baqarah, 2: 276)

Fastabiqul khairat!

Thursday 29 August 2013

7 Golongan di Bawah Naungan Allah


Bismillahirrahmanirrahim [Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang]

Assalamualaikum w.b.t.

*Peringatan bersama..

Kegelisahan manusia di Padang Mahsyar

Kehancuran alam semesta ini bermula apabila sangkakala ditiup..

Ingatkah kita sangkakala akan ditiup sebanyak 2 kali kelak..






Tiupan  pertama menyebabkan alam semesta dan semua kehidupan yg berada di dalamnya hancur berkecai..dikatakan sehingga ibu tidak lagi mengenal anaknya dan perempuan yg sedang mengandung keguguran disebabkan terlalu takut dan cemas..Allahurabbi..

Manakala tiupan kedua menyebabkan seluruh makhluk kembali bangkit untuk menjalani kehidupan tahap kedua..

Selepas itu, semua makhluk bergerak dalam rombongan besar yg terdiri drpd jutaan manusia menuju ke satu arah [Hati manusia pd waktu itu sgt takut dgn pandangan yg tertunduk]..

Mereka kemudian berkumpul di Mahsyar iaitu sebuah padang luas yg tanahnya putih bak pasir di pinggir pantai ,datar tanpa bukit dan lubang.





Setiap org pd hari kebangkitan ini berasa sgt terseksa sebelum mereka dihisab seperti rasa lapar,takut,penat,bimbang,tertekan dan pelbagai kesusahan lain yg tak dpt kita bayangkan skng..Allah..

Tapi...

Dalam kesusahan itu,terdapat beberapa golongan yg seolah2 tidak merasa susah dan terseksa..[Beruntungnya golongan ini]

Mereka ialah org yg di dunia merasa kesusahan sementara demi menjaga agama dan prinsipnya,ketika kebanyakan manusia pada ketika itu menikmati keseronokan hawa nafsunya..

Rasulullah S.A.W. bercerita tentang mereka dgn sabdanya:

Maksudnya: “Tujuh golongan yg berada di bawah naungan Allah ketika tidak ada naungan selain naunganNya;pemimpin yg adil,pemuda yg tumbuh membesar dlm ibadah menyembah Allah,seseorang yg hatinya terpaut kpd masjid jika ia keluar hingga kembali semula,2 org yg saling mencintai kerana Allah;mereka berjumpa dan berpisah keranaNya,seseorang yg mengingati Allah dalam keadaan sendirian hingga menitiskan air mata,seorang lelaki yg dirayu oleh wanita cantik dan terhormat namun menolaknya dgn berkata:Aku takut kpd Allah,dan seseorang yg bersedekah dgn sembunyi2 hingga tangan kirinya tidak tahu apa yg diberikan oleh tgn kanannya.”

Siapakah 7 golongan yang disebut oleh Rasulullah itu?

1=Pemimpin yg adil

2=Pemuda yg tumbuh membesar dlm ibadah menyembah Allah

3=Seseorang yg hatinya terpaut kpd masjid jika ia keluar hingga kembali semula

4=Dua org yg saling mencintai kerana Allah;mereka berjumpa dan berpisah keranaNya

5=Seseorang yg mengingati Allah dalam keadaan sendirian hingga menitiskan air mata

6=Seorang lelaki yg dirayu oleh wanita cantik dan terhormat namun menolaknya dgn berkata:Aku takut kpd Allah

7=Seseorang yg bersedekah dgn sembunyi2 hingga tangan kirinya tidak tahu apa yg diberikan oleh tgn kanannya


Ya Allah Ya Tuhanku,masukkanlah kami ke dalam golongan yg memperoleh naungan-Mu kelak,jadikanlah kami dan org tua kami termasuk hamba-hambaMu yg dapat masuk ke syurga-Mu tanpa hisab.Sesungguhnya Engkau selalu mendengar dan mengabulkan doa hamba-hambaMu..

Amiin..