Thursday 18 July 2013

Tak perlu kaya untuk tenang..bukan miskin baru ingat Allah..Ingatlah pada-Nya di waktu susah dan senang


 Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)


Benarlah firman Allah bahawa hati akan tenteram dgn sentiasa mengingati-Nya..

Bagaimanakah cara mengingati Allah yg menyebabkan hati kite jadi tenang dan tenteram itu???
Wahai saudaraku..jgn kite terkeliru di sini,mengingati Allah di sini bukanlah hanya dgn menyebut nama Allah,tp mngingati Allah di sini adalah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya...barulah hati jadi tenang..<3

Sebagai contoh..antra cara kita mengingati Allah adlh dgn mengerjakan solat fardhu dan solat sunat,membaca al-Quran,berzikir,bersedekah dan pelbagai lagi amalan soleh yg lain..
maka Allah berfirman bahawa dengan cara ini,hati kite akan menjadi tenang..benar bukan??

Sebab itulah,kite biasa mendengar orang yg tidak mengerjakan solat,selalu melakukan perbuatan yg tidak disukai oleh Allah dan sebagainaya,hatinya tidak akan tenang dan jiwa sentiasa kacau..dalam keadaan beginilah syaitan mudah untuk membisikkan kejahatan ke dalam diri kite dn kite akan mudah terhumban ke dalam lembah kebinasaan..oh,betapa mendalam dn bermaknanya kata2 Allah ini yg menjadi benteng agar kite selalu beringat..betapa sayangnya Allah pd hamba2-Nya…

Mari sama2 kite perhatikan maksud zikrullah itu sendiri:
--Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah”  dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.
--Sementara Ibn Asyur  mengatakan  “zikrullah”   bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan.
--Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.
***Ringkasnya,  “zikrullah”    bermaksud  kita  menguatkan hubungan dengan Allah SWT  dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.



Kita diajar untuk tidak sesekali meninggalkan berzikir kepada Allah..kerana zikir dapat mengubat penyakit hati yg terdapat dalam diri manusia seperti riak,takbur,ujub,bangga diri dan sebagainya..

Tetapi..harus diingat! Tuntutan zikir adalah di mana mulut menyebut kalimah zikir dan hati mengingati Allah..
Kalimah zikir yg paling ringkas adlh:  

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH LAILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR WALAHAWLAWALAQUWWATAILLABILLAHILA’LIYYILA’ZIM
mudah bukan???jom sama2 amalkan di mana jua tak kire masa…:)

Apabila kite mnyebut nama Allah..ketahuilah bahawa Allah akan mengangkat dari 100 hati yg lalai kepada Allah..wah!betapa hebatnya zikrullah!!!


#tinggal zikir bererti MATI..
#hidupkan zikir bererti HIDUP..

p/s : hidup bukan untuk jadi 'bangkai bernyawa'..

No comments:

Post a Comment