Thursday 18 July 2013

Kamu istimewa *** :)

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt..

Ramai dlm kalangan kita pd hari ini sentiasa merasa rendah diri..ilmu kurang lah..tak hebat lah..tak cukup sempurna lah..banyak dosa lah..dan macam2 lagi..lah..






Ni antara alasan yang biasa kita guna untuk 'melarikan diri' dari tuntutan dakwah dan amar makruf nahi mugkar yg semakin dilupakan..

Sedangkan..amalan amar makruf nahi mungkar adlh antara ciri utama utk mnjadi ummat yg terbaik!
Allah tegaskan dalam firman-Nya yg bermaksud 

 “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”– (Surah Ali Imran, ayat 110)

 

~Kesannya..ramai manusia pd hari ini yg blaja agama tp ilmu yg dipelajari tidak mendekatkan dirinya kpd Allah..wal'iyazubillah...

*Maksum kah kita??
*Perlukah menunggu diri sempurna baru nak ajak org buat baik??
*Bagaimanakah tahap 'sempurna' yang diidamkan oleh kita sehingga sampai pada tahap layak berdakwah??

Sedarkah kita??
Allah Yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia dgn pelbagai keistimewaan dan kelebihan masing2...
Setiap org pasti miliki kelebihan yg kadangkala ramai yang tak sedar yang dia punya kelebihan tersebut…
Dan kelebihan yg Allah bagi pasti boleh dimanfaatkan utk ummah..

Sebagai contoh..
Ada org yg Allah bg kelebihan pada suaranya,maka dia boleh mengajak org pd kebaikan dgn nasyid atau nyanyiannya..
Ada org yg Allah bg kelebihan pada kepetahannya bercakap,maka dia boleh mengajak org pd kebaikan dgn berceramah,memberi tazkirah,berpidato,mengajar dan sebagainya..
Ada org yg Allah bg kelebihan pada penulisannya dan ideanya,maka dia boleh mengajak org pd kebaikan dgn menulis buku atau membuat risalah..
Ini antara contoh yg sy bawa utk menunjukkan bahawa betapa Allah itu tlh menetapkan kelebihan dan bakat pd diri msg2,yg perlu kita buat hanya mencungkil dan mengasah bakat dan kelebihan yg ada supaya bermanfaat untuk ummah..

Bukankah.. 
Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” (HR Bukhari)....

Jadi, kita haruslah sentiasa muhasabah diri,koreksi balik diri masing-masing adakah kita sudah mengoptimumkan segala kemahiran dan kelebihan yg Allah kurniakan pada setiap kita utk beribadat kepada Allah???untuk menjalankan suruhan Allah??utk mengajak manusia mengagungkan Allah??…jangan lupa firman Allah SWT:::

“Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia itu melainkan untuk beriabadah kepadaku”… [Az-Zariat 56]. 

Mungkin dgn meneliti dan membaca kisah org soleh atau ulama',anda boleh bertanya pada diri masing2..
"Apa sumbangan aku utk Islam???.."

Wallahua'lam..

“JaNgAn kItA KAgUm ApAbIlA MeLiHaT OrAnG hEbAt…TaPi kAgUMlAh dGn kEkUaSaAn ALLAH yAnG MeNuTuP KeAiBaN YaNg TeRdApAt pAdA OrAnG TeRsEbUt”-ALLAHURABBI!


No comments:

Post a Comment