Tuesday 30 July 2013

Istighfar : Pintu dari Pintu-pintu Rezeki

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Sahabat-sahabat,

Sedarkah kita manusia pendosa?

Setiap hari kita melakukan dosa kepada Allah..
Kerana..Manusia tidak akan pernah trlepas dari melakukan dosa.
Kerana..kita bukan maksum seperti nabi..
Kita adalah manusia biasa yg perlu sentiasa bertaubat kepada-Nya..memohon ampunan drpd Allah..

Ya.
Kita manusia pendosa.
Jadi harus bagaimanakah kita??

Allah SWT menciptakan kita.

Maka jika kita melakuka dosa,wajib pula kita memohon ampun kepada-Nya yang menciptakan kita..
Usah gusar sahabat..
Kerana..Dia lah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

Jadi..apa pula kaitan Dosa, Ampunan, Istighfar dan Pintu Rezeki..??
Kaitannya adalah Allah yg menciptakan kita>apabila kita melakukan kesalahan dan dosa pastilah kepada-Nya juga kita memohon keampunan>Pohonlah keampunan daripada dosa dengan memperbanyakkan istighfar>maka>jika dosa kita trhapus maka semakin menipis lah hijab yg menutupi manusia dari kurniaan nikmat dan rezeki dari Tuan kita,yakni Allah Rabbul 'Izzati..
Betul tidak?







Dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ia berkata, Rasulullah bersabda:


  “Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberikan rizki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka.” 

(Dishahihkan oleh Imam Al-Hakim (AlMustadrak, 4/262) dan Syaikh Ahmad Muhammad Syaikh (Hamisy Al-Musnad, 4/55)


Jadi apa tunggu lagi sahabat..!

Auh!
Pohonlah ampunan daripada-Nya.
Kerana dengan terhapusnya dosa kita, pasti Dia akn meluaskan pintu rezeki buat kita insyaAllah..
Jadikan istighfar zikirmu..jadikan istighfar pengubat hatimu..penenang jiwa juga tanda kecintaan kita kepada Allah...<3


Firman Allah SWT maksudnya :

 “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)


Ini kisah IsTiGhFaR~
Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal,pembuat roti dan istighfar...

Pada suatu malam Imam Ahmad pergi ke masjid untuk bermalam di masjid tetapi penjaga masjid tidak mengizinkannya. Dia pun kata “Aku akan tidur tepat di tempat pijakan tapak kakiku”.

Seorang pembuat roti datang dan kasihan melihatnya dan menawarkan Imam Ahmad bermalam di rumahnya. Pembuat roti itu menjamunya. Ketika pembuat roti itu menguli roti, dia sentiasa beristighfar membuatkan Imam Ahmad merasa kagum. Esok subuh, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti “Adakah engkau dapat hasil dengan istighfarmu itu?” (dia memang tahu kelebihan istighfar, sekadar bertanya faedah buat lelaki itu). Pembuat roti kata setakat ini semua yang didoanya tercapai kecuali satu iaitu niat untuk berjumpa Imam Ahmad.


Imam Ahmad kata “Akulah Imam Ahmad. Demi Allah aku benar-benar ditarik ke sini untukmu.”



MasyaAllah!Besarnya ibrah yg boleh diambil dri kisah pendek di atas..

Betapa besarnya kuasa sebuah 'istighfar' jika ia mnjadi amalan yg istiqamah...


Mari beristighfar!

Astaghfirullahal 'azim..semoga mnjadi hamba-Nya yg sentiasa tunduk dan taat..Amin!


Saturday 27 July 2013

Rabbaniyyun La Ramadhaniyyun!

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana kita masih diberi kesempatan untuk berada pada pertengahan Ramadan dan menghampiri detik2 menjelang 10 malam terakhir Ramadan yg bakal menjelma tidak berapa lama lagi..
Dalam bulan yg mulia ini, tidak ketinggalan ramai yang bercakap mengenai kelebihan dan ganjaran dalam bulan Ramadan.. tapi rupa-rupanya di sebalik keistimewaan yang diuar-uarkan dalam bulan yg kita sedang lalui ini, bukan sedikit juga yg masih kurang kesedaran mengenainya dan masih di awang-awangan sehingga tiada rasa teruja untuk menghidupkan detik2 masa yg berlalu dalam bulan ini..ruginya mereka~
Aisyah r.a meriwayatkan: Baginda SAW apabila masuk sepuluh malam yang akhir Ramadan, baginda akan menghidupkan malam, membangunkan isteri baginda dan lebih bersungguh-sungguh dalam beribadat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)..
Ramadhan..bulan berkat,bulan mujahadah,bulan al-Quran,bulan Lailatul Qadar *

Fasa demi fasa mu kian brlalu..
Sedikit demi sedikit juga terbitnya symptom virus Ramadan yg plg ku takuti..

Virus 'hangat2 tahi ayam'..inilah yg ku maksudkan..virus yg membawa pergi roh Ramadan sehingga hilang keterujaan untuk beramal dalam bulan 1001 ganjaran ini...
Contoh2 yg boleh dilihat dgn mata kasar:-
~masjid penuh pd hari2 prtama ramadhan sj..
~lidah nya dijaga dri mengumpt hanya pd mggu prtama ramadhan @ lbh dhsyat hari pertama ramadhan sj krana xtahan nak melapah daging sedare nye jk dtggu sebulan penuh.
~ketawa trbahak2 mcm xde beza puasa ke tidak..
~al-Quran nya hnya smpt 1-2 juz yg slbhnya entah ke mana.
~mulutnya sudah sibuk berceloteh perihal duniawi semata walau puasa bru menjengah (melayang2 jauh prginya roh ramadhan)
~dan semangat ramadhan makin lama makin merudum walau blm smpi ke fasa trakhir,yg dlmnya trdpt lailatul qadar..
Argh ruginya...!
Usah disia2kan bulan tarbiyah ini..

Allah..tinggal berbki bbrpa hari saja lg..

Rasa ralat risau resah n khuatir, jika kita masih x terasa simbahan rahmat&keampunan yg djanjikn Tuhan dlm ramdhan, kita risau x ada lg rahmat&keampunan Tuhan buat kita, Naudzubillah..

Beribadahlah wlau x khusyuk.
Berzikirlah walau x tenang. Berbuatlah kebajikan wlau xtrasa nikmatnya...

Kerana kata ulama sufi, 'berzikirlah, wlupn dlm keadaan lalai, moga2, Allah akn mgangkat darjatmu, drpd seorg yg brzikir dlm keadaan lalai, kpda zikir yg mendktkn drimu kpd Tuhanmu"
In shaa Allah..

Hakikatnya..Allah jua yg menggerakkan kita utk beramal..
La hawla wala quwwata illa billahil aliyyilazim..

Selamat brmujahadah sahabat!
Mari mnjadi hamba Allah bukan hamba Ramadhan..

"Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana) jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan)" Imam Hassan Al - Basri
 
SALAM RAMADHAN KAREEM!


Belum terlambat..mari berubah!

Thursday 25 July 2013

Jom buru Lailatul Qadar!

LAILATULQADAR adalah malam yang istimewa. 
Kelebihan yang ada pada malam Lailatulqadar lebih baik dari seribu bulan termaktub dalam Al-Qur'an iaitu di dalam Surah Al-Qadar:


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut), Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Surah Al-Qadar 097:1-5)





Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:


” Ramadhan telah datang kepada kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah SWT memfardukan ke atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan yang amat jahat. Pada bulan Ramadhan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya maka sesungguhnya dia diharamkan” (Diriwayatkan Saunan An-Nasa’ie Dengan Syarah Imam Suyuti)



 


Pd mlm ini,setiap malaikat mendoakan umat yg bermunajat mlainkan 4 golongan;
-Org yg kekal minum arak

-Org yg derhaka pd ibubapa
-Org yg memutuskan silaturrahim
-Org yg tidak bercakap dgn saudaranya melebihi 3 hari


Pendapat2/kaedah pencarian Lailatul Qadar [semoga bermanfaat]..



1)Kaedah mencari malam Lailatul Qadr mengikut panduan Iman Al-Ghazali; 


·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu,

jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-29.


·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin,

jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-21.


·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat,

jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-27.


·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis,

jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-25.


·         Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu,

jangkaan malam Lailatul Qadr nya pada malam yang ke-23.



#Berkata Sheikh Abu Hassan seorang ulama' "Selama baligh ku tiada luput akan daku malam Lailatul Qadar dengan kaedah yang tersebut ini."





2)Pendapat menyatakan Lailatul Qadar pada 27 Ramadan..

Ada juga hadis yang menyatakan bahawa malam Al-Qadar itu berlaku pada malam ke 27. Muawiyah, Ibn Umar, Ibn Abbas dan lain-lain: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malam Al-Qadar itu adalah malam ke 27." Sekumpulan ulama salaf bersetuju dengan waktu ini. Begitu juga mazhab Imam Ahmad bin Hanbal (Hanbali) dan riwayat daripada Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi). Diceritakan daripada sesetengah ulama salaf bahawa mereka berpendapat malam Al-Qadar berlaku pada malam ke 27 kerana perkataan dalam Surah Al-Qadar yang merujuk kepada ganti nama malam Al-adar merupakan kalimah yang ke 27 dalam Surah tersebut. (Ibn Kathir halaman 3823).





3)Pandangan Imam Syafi'i; malam Lailatul Qadr pada malam ke-21 atau malam ke-23.


4)'Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadar pada bilangan  yang ganjil di dalam tempoh sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (H.R  Bukhari, Muslim, at-Tarmizi dan Ibnu Majah).


5)Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa baginda saw bersabda:
"Carilah malam Lailatul-Qadr di dalam sepuluh  hari terakhir bulan Ramadhan; pada malam yang ke 21, 23 dan 25."(H.R.  Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai, at-Tarmizi dan Imam Malik).


6)Hasan al-Basri meriwayatkan bahawa tanda-tanda turunnya Malam Lailatul-Qadar, diantaranya ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidak terik kerana malaikat berpusu2 naik ke langit setelah turun ke bumi pd mlm itu utk mengaminkan doa umat yang bermunajat.

Antara amalan yg boleh dilakukan pd malam al-qadar:

-solat sunat 2 rakaat
-istighfar,zikrullah,selawat ke atas nabi
-solat tarawih
-membaca al-quran
-solat tahajjud
-Banyakkan membaca doa ini (doa yg diajar oleh Rasulullah SAW kpd Aisyah R.A.)
>>Allahummainnaka 'afuwwun karim tuhibbul 'afwa fa'fu anni waghfirli..
-amalan wanita haid-doa,istighfar,tasbih,takbir,tahmid,sedekah,mnjaga maruah dan akhlak....


Alangkah beruntungnya mreka yg beribadat mndekatkan diri kpd Allah pd mlm al-qadar ..mereka yg beriman akn bersungguh2 mghidupkan mlm ramadan dgn ibadat2 sunat yg pahalanya seperti bt ibadat wajib dn ibadat wajib yg pahalanya dilipatkaligandakan 70 ibadat fardhu...masyaAllah...!




Wallahu'alam..




Mood:countdown Lailatul Qadar ^^ feeling excited...

Monday 22 July 2013

Kira-kira Aurat

Dosa Berantai ~~~~~~~~~~~

Saya mintak tolong awak baca sampai habis,saya mgkn xdapat tolong awak dkt akhirat nanti,tp sy boleh tolong awak sekarang dkt dunia...

Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah.
Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.

Katakan di bawah ini gambar anda:

#XSEMESTINYA FREE HAIR..
YG XTUTUP DADA,KETAT,JARANG,SENDAT,SEKSI DLL PUN TERMASUK JUGA..



Kemudian, anda letak di Facebook.

Ada 134 orang yang Like. Ehh, tu belum termasuk yang tengok gambar tu tapi tak tekan Like, sekadar tengok je.

Katakanlah jumlah orang yang tengok tu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.

Okay. Mari kita mulakan kiraan.

Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram kita akan dapat 1 dosa.
Atas kepala kita tu ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut.
Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita.
Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.

Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,

100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) --------- (A)

Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends.
Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh tengok termasuk mereka yang bukan friends. Gambar kita comel, tertarik dan menarik pula.


Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.

Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa -------- (B)

(A) + (B) = 30 000 300 ------ (C)

Baiklah. Mari kita teruskan.

Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment atau like, jadi kita tag kepada kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.)

Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni) ada.

Ultraman Taro: 783 friends
Pikachu: 1339 friends
Keluang Man: 1565 friends
Doraemon Suka Dorayaki: 953 friends
Hang Tuah: 3210 friends
Donald Duck: 678 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144 friends
Tasmania: 653 friends
Vampire Hisap Darah: 1922 friends
Harry Potter: 2831 friends
Kerengga: 2101 friends
Kambenk: 1217 friends
Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)

Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta ------ (D)

Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar.

Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.

Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta


Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan.

Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah (baca: belum bernikah) masing-masing. Perghh..tu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.

Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di'share' oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu.

Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.

Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akaun media sosial kita yang lain - Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr.
Serabut? Pening?

Tak perlu susah-susah nak kira lah kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?

Cik wanita, its time to wake up!

Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di FB.

Ehh, sekejap. Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay!

Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.

523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.


Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.


Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Selamat men'delete' gambar.  :) dan selamat bertudung selepas ini...semoga Allah mengampunkan dosa kita dn memberkati kita semua..

Msg ini bukan hanya utk yg tidak bertudung, tp juga buat yg x tutup aurat dgn sempurna n letak gmbar dlm fb..
p/s:aurat wanita seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tgn..

DOSA INI JUGA AKAN DIKONGSI DENGAN ORG YANG TAG GAMBAR KAWAN OR SESAPE YG XTUTUP AURAT DAN AKAN BERTAMBAH DOSANYA SELAGIMANA GAMBAR ITU DILIHAT ORANG DAN MASIH DALAM SIMPANAN KITA....

Wallahu'alam..

Jom bertindak..now!!

Di'copy' dan di'edit' dari sini [kesayanganku] :) 

Semoga bermafaat..jom sebar2kan!