Nabi S.A.W. bersabda:
"Harta tidak akan berkurangan kerana SEDEKAH, dan tidak akan Allah tambahi kepada seseorang yang mengampunkan kecuali KEMULIAAN, dan tiadalah seseorang yang merendahkan dirinya kerana Allah kecuali akan diTINGGIkan KEDUDUKAN mereka oleh Allah S.W.T."
Hadith Riwayat Muslim dan al-Tirmidzi.
Tiada di hatiku selain Allah Azza Wa Jalla.. Dia sumber kekuatanku menelusuri hidup penuh mehnah..
Friday, 14 February 2014
Wednesday, 30 October 2013
70 Dosa-dosa Besar:::::Hindari ia..jom sukat diri!
70
Dosa-dosa Besar
Mengikut
Imam Azzahabiyy
dalam
kitab “Al-Kabaair”, beliau cuba
menghimpunkan
jenis dosa-dosa besar
sebanyak
70 perkara.
1. Belajar ilmu dan
sembunyi pengetahuan
=> Seseorang yang
menerima ilmu tetapi tidak menyampaikan kepada sesiapa.
Rasulullah S.A.W.
bersabda: “Sampaikan dariku walaupun satu ayat.”
2. Bersaksi palsu
=> “Hai Nabi,
apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji
setia, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak
akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta dan
tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia
mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Al-Mumtahanah:12].
3. Berjudi
=> “Hai orang-orang
yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)
berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka
jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” [Al Maa
idah: 90].
4. Bersumpah palsu
=> “Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji
Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak akan
mendapatkan pahala di akhirat. Dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka,
dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, bahkan tidak akan menetapkan
kesucian mereka dan mereka akan mendapat seksaan yang pedih.” [Ali Imran:
77].
5. Berbohong
=> Sabda
Rasulullah S.A.W. : “Tanda-tanda orang
munafik ada tiga macam yaitu :
1. apabila ia berbicara berdusta 2. apabila berjanji ingkar dan 3. apabila dipercaya
khianat."
[HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah].
6. Solat dengan memakai
pakaian yang bergambar
7. Melacur
8. Menindas orang yang
lemah
9. Berdebat dan bermusuh
10. Bersifat dayus
=> “Tiga golongan yang
Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di
hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki
dan si lelaki dayus." [HR Ahmad & An-Nasaie].
11.Bercakap kasar
dengan orang tua
12. Mendustai Allah dan
Rasul-Nya
13. Derhaka pada hamba
Allah, anggap baik dirinya
14. Derhaka pada suami
=> “Wanita (isteri) solehah adalah
yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah
telah memelihara mereka.” [Al-Nisa’: 34].
15. Hakim derhaka/
tidak amanah
16. Homoseks( hubungan
sejenis)
=> “Ada empat kelompok orang yang pada pagi
dan petang hari dimurkai Allah. Para sahabat lalu bertanya, siapakah mereka
itu, ya Rasulullah? Beliau lalu menjawab, laki-laki yang menyerupai perempuan,
perempuan yang meyerupai laki-laki, orang yang meyetubuhi haiwan, dan
orang-orang yang homoseks.” [HR Ahmad dan Ath-Thabrani].
17. Mengurangi
timbangan dan sukatan
=> Dengan tujuan
cepat untung. Termasuk juga menyembunyikan cacat barang atau barang palsu.
“Kecelakaan besarlah
bagi orang-orang yang curang. Yaitu orang-orang yang apabila menerima takaran
dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau
menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.” [Al Muthoffifiin: 1-3].
18. Hamba lari dari
tuannya
19. Lelaki menyerupai
perempuan
=> “Ada empat
kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai Allah. Para sahabat lalu
bertanya, siapakah mereka itu, ya Rasulullah? Beliau lalu menjawab , laki-laki
yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai laki-laki, orang yang
menyetubuhi haiwan, dan orang-orang yang homoseks.” [HR Ahmad dan Ath-Thabrani].
20. Lari dari medan
perang
=> “Mereka tidak suka berjihad dengan
harta dan jiwa mereka pada jalan Allah
dan mereka berkata: Janganlah kamu berangkat (pergi berperang) dalam panas
terik ini. Katakanlah: Api neraka jahannam itu lebih sangat panas (nya) jika
mereka mengetahui.” [At Taubah: 81].
21. Membunuh manusia
=> “Orang yang
membunuh manusia secara zalim (tidak dalam rangka beladiri) dihukum qisas
(bunuh).” [Al-Israa: 33].
22. Membunuh diri
sendiri
=> “Hai orang-orang
yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang
batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di
antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; Sesungguhnya Allah adalah Maha
Penyayang kepadamu.” [An Nisaa: 29].
23. Mengamalkan sihir
=> “...Tetapi syaitan-syaitan itu kafir mereka telah
mengajarkan sihir kepada manusia.”
[Al-Baqarah:
102].
24. Meninggalkan solat
lima waktu
=> “Apakah yang
memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab: Kami dahulu tidak
mengerjakan shalat.” [Al Muddatstsir: 42-43].
25. Meninggalkan
sembahyang Jumaat
26. Menderhakai ibu
bapa
=> Dosa yang
terbesar antara dosa-dosa besar.
27. Memutuskan hubungan
silaturrahim
=> Orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan
tidak akan masuk syurga.
[Muttafaqun alaih].
28. Melakukan zina
=> Dari Aisyah RA
bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Tidak halal membunuh seorang Muslim kecuali
salah satu dari 3 hal: Orang yang telah
kahwin yang berzina, ia direjam; orang yang membunuh orang Islam dengan
sengaja, ia dibunuh; dan orang yang keluar dari agama Islam lalu memerangi
Allah dan Rasul-Nya, ia dibunuh atau disalib atau dibuang jauh dari negerinya.” [HR Abu Dawud dan Nasa
i].
29. Makan harta anak
yatim secara tidak betul
30. Makan dari kekayaan
haram
31. Memberi rasuah
=> “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta
sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah)
kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian
daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui.” [Al-Baqarah: 188].
32. Melabuhkan pakaian
kerana berlagak sombong
=> Melabuhkan
pakaian melebihi paras mata buku lali untuk menunjuk-nunjuk.
33. Makan riba
=> “Apabila
perzinaan dan riba telah melanda suatu negeri maka mereka (penghuninya) sudah
menghalalkan atas mereka sendiri siksaan Allah.” [HR Ath-Thabrani dan Al Hakim].
34. Minum arak
=> “Tiap minuman
yang memabukkan adalah haram (walaupun
sedikit).” [HR Ahmad].
35. Mencuri
=> “Laki-laki yang
mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai)
pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan
Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [Al Maa-idah: 38].
36. Merompak
37. Melakukan kezaliman
38. Melakukan
pengkhianatan
=> Sabda Rasulullah SAW: “Tanda orang munafik ada tiga: jika
berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat)
dia berkhianat.”
39. Menyebut-nyebut
pemberian
40. Mengingkari janji
41. Memfitnah
=> “Hai orang-orang yang beriman, jika datang
kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar
kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
[Al Hujurat : 6].
42. Merasa aman dari
kemungkaran terhadap Allah
43. Menipu harta
rampasan
44. Melampaui batas
45. Menuduh zina
terhadap orang baik
=> "Dan orang-orang yg menuduh wanita baik-baik
(melakukan zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saks, maka deralah
mereka (yg menuduh itu) dengan delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu
terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yg
fasik.
Kecuali orang-orang yg bertaubat sesudah itu dan memperbaiki
dirinya, maka sesungguhnya, Alloh Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". [An-Nur
4-5].
46. Mengutuk orang
Islam
=> “Hai orang-orang
yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang
lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula
sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan
itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil
dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah
(panggilan) yang buruk sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertobat,
maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
[Al Hujuraat: 11].
47. Memakai emas dan
sutera (bagi lelaki)
48. Mempercayai nujum
atau sihir
=> “Barang siapa
yang datang kepada tukang ramal atau bomoh lalu percaya kepadanya dengan apa
yang dikatakannya maka ia benar-benar telah kufur kepada apa yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad S.A.W.” [HR Ahmad].
49.Menjadi bapa sanggup
50. Mencari kesalahan
orang lain
51. Mengganggu orang
lain
52. Mengganggu tetangga
=> Rasulullah saw
bersabda: “Barang siapa yang mengganggu tetangganya, maka harum surga menjadi
haram baginya dan tempatnya adalah jahannam. Dan siapa yang melanggar hak-hak
tetangganya, maka bukan dari golongan kami. Jibrail terus-menerus berpesan
kepadaku perihal tetangga hingga aku menduga bahwasannya dia akan
memberikan hak waris kepada tetangga”.
53. Menyakiti dan
memaki orang Islam
54. Mengintip rahsia
dan bukan rahsia
55. Mencaci
sahabat-sahabat nabi
=> “Antara Khalid
bin Walid dan Abdurrahman bin Auf telah terjadi sesuatu lalu Khalid pun
mencaci-makinya. Mendengar itu Rasulullah saw. lalu bersabda: Janganlah kamu
mencaci-maki seorang pun dari para sahabatku. Sekalipun salah seorang kamu
membelanjakan emas sebesar gunung Uhud, hal itu tidak dapat menandingi satu
bahkan setengah mud (1 mud=543 gram) salah seorang mereka.” [HR Muslim].
56. Mengurangi wasiat
57. Mengingkari takdir
58. Putus asa dari
rahmat Allah
=> "Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar
berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus
asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari
rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir." [Yusuf: 87].
59. Penipuan kezaliman
terhadap rakyat
60. Riak mempamerkan
diri
=> Nabi SAW
bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya perkara yang menakutkan, yang mana
aku takut berlaku ke atas kalian ialah syirik kecil." Para sahabat
berkata: "Wahai Rasulullah, apakah itu syirik kecil?" Nabi menjawab:
"ar-riak (menunjuk-nunjuk). Allah ta'ala akan berkata kepada mereka (orang
yang riak) di masa hari penghitungan amalan: "Pergilah kamu kepada apa
yang kamu pamer-pamerkan semasa kamu di dunia. Adakah kamu mendapati apa-apa
kebaikan dari perkara yang kamu pamer-pamerkan itu?" [HR Ahmad].
61. Syirikkan Allah
dengan sesuatu yang lain
=> “Sesungguhnya
Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka
sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” [An Nisaa: 116].
62. Sombong serta
angkuh dan bermegah-megah
=> “Bermegah- megah
telah melalaikan kamu sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak
kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu).” [At Takatsuur: 1-3].
63. Sembelih untuk
selain Allah
64. Tidak mengeluarkan
zakat
=> “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di
antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta
orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan
Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak
serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” [At Taubah:
34].
65. Tidak haji jikalau
mampu
66. Tidak beristinjak
kencing
=> Ibnu Abbas
berkata, Nabi Muhammad SAW melewati salah satu dinding dari dinding-dinding
Madinah atau Mekah, lalu beliau mendengar dua orang manusia yang sedang disiksa
dalam kuburnya. Nabi Muhammad SAW lalu bersabda, Sesungguhnya, mereka
benar-benar sedang disiksa dan keduanya tidak disiksa karena dosa besar. Beliau
kemudian bersabda, Yang seorang tidak bersuci dalam kencing dan yang lain
berjalan ke sana ke mari dengan menebar fitnah (mengadu domba / memprovokasi).
Beliau kemudian meminta diambilkan pelepah korma yang basah, lalu dibelah
menjadi dua, dan beliau letakkan pada masing-masing kuburan itu satu belahan.
Lalu dikatakan, Wahai Rasulullah, mengapakah engkau berbuat ini? Beliau
bersabda, Mudah-mudahan keduanya diringankan selama dua belah pelepah itu belum
kering.
[HR Bukhari].
67. Tidak berpuasa di
bulan Ramadan
68. Tidak mendengar
cakap ibu bapa
=> Aku beritahukan
yang terbesar-besar dari dosa-dosa besar. (Rasulullaha SAW mengulangnya hingga
tiga kali). Pertama, mempersekutukan Allah. Kedua, durhaka terhadap orag tua,
dan ketiga, bersaksi palsu atau berucap palsu. (Ketika itu beliau sedang
berbaring kemudian duduk dan mengulangi ucapannya tiga kali, sedang kami
mengharap beliau berhenti mengucapkannya). [Muttafaqun alaih].
69. Melakukan tipu daya
70. Wanita menyerupai
lelaki
=> “Rasulullah
Shallallaahu alaihi wa Sallam telah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita
dan wanita yang berpenampilan seperti laki-laki.” [HR Bukhari].
Mari sama-sama kita bertaubat sebelum terlambat...Semoga Allah menerima taubat kita semua aamiinn!
Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa. (Al-Quran, surah Al-Baqarah, 2: 276)
Fastabiqul khairat!
Fastabiqul khairat!
Thursday, 29 August 2013
7 Golongan di Bawah Naungan Allah
Bismillahirrahmanirrahim [Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang]
Assalamualaikum w.b.t.
*Peringatan bersama..
Kegelisahan manusia di Padang Mahsyar
Kehancuran alam semesta ini bermula apabila sangkakala ditiup..
Ingatkah kita sangkakala akan ditiup sebanyak 2 kali kelak..
Tiupan pertama menyebabkan
alam semesta dan semua kehidupan yg berada di dalamnya hancur
berkecai..dikatakan sehingga ibu tidak lagi mengenal anaknya dan perempuan yg
sedang mengandung keguguran disebabkan terlalu takut dan cemas..Allahurabbi..
Manakala tiupan kedua menyebabkan seluruh makhluk kembali bangkit
untuk menjalani kehidupan tahap kedua..
Selepas itu, semua makhluk bergerak dalam rombongan besar yg
terdiri drpd jutaan manusia menuju ke satu arah [Hati manusia pd waktu itu sgt
takut dgn pandangan yg tertunduk]..
Mereka kemudian berkumpul di Mahsyar iaitu sebuah padang luas yg
tanahnya putih bak pasir di pinggir pantai ,datar tanpa bukit dan lubang.
Setiap org pd hari kebangkitan ini berasa sgt terseksa sebelum
mereka dihisab seperti rasa lapar,takut,penat,bimbang,tertekan dan pelbagai
kesusahan lain yg tak dpt kita bayangkan skng..Allah..
Tapi...
Dalam kesusahan itu,terdapat beberapa golongan yg seolah2 tidak
merasa susah dan terseksa..[Beruntungnya golongan ini]
Mereka ialah org yg di dunia merasa kesusahan sementara demi
menjaga agama dan prinsipnya,ketika kebanyakan manusia pada ketika itu
menikmati keseronokan hawa nafsunya..
Rasulullah S.A.W. bercerita tentang mereka dgn sabdanya:
Maksudnya: “Tujuh golongan yg berada di bawah naungan Allah
ketika tidak ada naungan selain naunganNya;pemimpin yg adil,pemuda yg tumbuh
membesar dlm ibadah menyembah Allah,seseorang yg hatinya terpaut kpd masjid
jika ia keluar hingga kembali semula,2 org yg saling mencintai kerana
Allah;mereka berjumpa dan berpisah keranaNya,seseorang yg mengingati Allah
dalam keadaan sendirian hingga menitiskan air mata,seorang lelaki yg dirayu
oleh wanita cantik dan terhormat namun menolaknya dgn berkata:Aku takut kpd
Allah,dan seseorang yg bersedekah dgn sembunyi2 hingga tangan kirinya tidak
tahu apa yg diberikan oleh tgn kanannya.”
Siapakah 7 golongan yang disebut oleh Rasulullah itu?
1=Pemimpin yg adil
2=Pemuda yg tumbuh membesar dlm ibadah menyembah Allah
3=Seseorang yg hatinya terpaut kpd masjid jika ia keluar hingga
kembali semula
4=Dua org yg saling mencintai kerana Allah;mereka berjumpa dan
berpisah keranaNya
5=Seseorang yg mengingati Allah dalam keadaan sendirian hingga
menitiskan air mata
6=Seorang lelaki yg dirayu oleh wanita cantik dan terhormat namun
menolaknya dgn berkata:Aku takut kpd Allah
7=Seseorang yg bersedekah dgn sembunyi2 hingga tangan kirinya tidak
tahu apa yg diberikan oleh tgn kanannya
Ya Allah Ya Tuhanku,masukkanlah kami ke dalam golongan yg memperoleh naungan-Mu kelak,jadikanlah kami dan org tua kami termasuk
hamba-hambaMu yg dapat masuk ke syurga-Mu tanpa hisab.Sesungguhnya Engkau
selalu mendengar dan mengabulkan doa hamba-hambaMu..
Amiin..
Monday, 26 August 2013
Jaga Iman
Bismillahirrahmanirrahim [Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang]
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah entry pertama dalam bulan
Syawal 1434H..
Kadang2 rasa terkilan sebab sukarnya nak
istiqamah dalam beristiqamah membuat kebaikan dan kebajikan,betul tak..
Tapi,usah larut dalam rasa terkilan itu ya
sahabat2..kita sbg hamba-Nya mestilah sentiasa bermujahadah untuk berusaha
memperbaiki diri sendiri..
Allah kan tengok usaha kita bukan
hasilnya..lebih bagus kalau usaha dan hasil itu seiring..betul kan..In shaa
Allah kita sama2 berusaha ya..
Sebab org beriman itu..akan cepat bangkit
dan xmembiarkan dirinya lemah dalam keimanan..semoga kita tergolong dalam
golongan yg cepat2 menyedari dan xmembiarkan imannya larut dalam penurunannya..amin..
Yelah..iman tu kan turun naik..macam
roda..sekejap di atas sekejap di bawah..kalau kat bawah tu jgn tggu lama2
ya..cepat2 golek roda tu supaya naik balik :]
Em cakap pasal iman ni..sukar jg kalau nak
tingkatkan iman kalau tiada peringatan..manusia ni kan mudah lupa em em..
Jadi,salah satu cara nak tingkatkan iman
dan ingin sentiasa berada dalam kemanisan iman itu adalah ‘sentiasa berkumpul
bersama org2 soleh yg saling mengingatkan kita’
Contohnya..USRAH ^___^
Ini usrah kami…;)
…Usrah Jalinan Hati…
Minggu lepas kami belajar ini..:)
Ciri-ciri ‘Ibadurrahman [Surah al-Furqan :
63-74] :
‘Ibadurrahman-Hamba Allah yg beriman..*
*Tawadhu’ (rendah hati)
*Selalu mengucapkan perkataan yang baik
*Suka bertahajud kepada Allah S.W.T.
*Takut pada siksaan Allah S.W.T.
*Bersederhana dalam berinfak
*Jauh dari sifat syirik (cth riak,takabbur,ujub,bangga diri)
*Tidak membunuh
*Tidak membuat saksi palsu
*Menjauhkan diri dari zina
*Senang menerima nasihat
*Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T.
*Selalu mengucapkan perkataan yang baik
*Suka bertahajud kepada Allah S.W.T.
*Takut pada siksaan Allah S.W.T.
*Bersederhana dalam berinfak
*Jauh dari sifat syirik (cth riak,takabbur,ujub,bangga diri)
*Tidak membunuh
*Tidak membuat saksi palsu
*Menjauhkan diri dari zina
*Senang menerima nasihat
*Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T.
Simple entry may it’s
beneficial…>___<
Subscribe to:
Posts (Atom)




