Showing posts with label Zikir. Show all posts
Showing posts with label Zikir. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

Istighfar : Pintu dari Pintu-pintu Rezeki

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Sahabat-sahabat,

Sedarkah kita manusia pendosa?

Setiap hari kita melakukan dosa kepada Allah..
Kerana..Manusia tidak akan pernah trlepas dari melakukan dosa.
Kerana..kita bukan maksum seperti nabi..
Kita adalah manusia biasa yg perlu sentiasa bertaubat kepada-Nya..memohon ampunan drpd Allah..

Ya.
Kita manusia pendosa.
Jadi harus bagaimanakah kita??

Allah SWT menciptakan kita.

Maka jika kita melakuka dosa,wajib pula kita memohon ampun kepada-Nya yang menciptakan kita..
Usah gusar sahabat..
Kerana..Dia lah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...

Jadi..apa pula kaitan Dosa, Ampunan, Istighfar dan Pintu Rezeki..??
Kaitannya adalah Allah yg menciptakan kita>apabila kita melakukan kesalahan dan dosa pastilah kepada-Nya juga kita memohon keampunan>Pohonlah keampunan daripada dosa dengan memperbanyakkan istighfar>maka>jika dosa kita trhapus maka semakin menipis lah hijab yg menutupi manusia dari kurniaan nikmat dan rezeki dari Tuan kita,yakni Allah Rabbul 'Izzati..
Betul tidak?







Dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ia berkata, Rasulullah bersabda:


  “Barangsiapa memperbanyak istighfar (mohon ampun kepada Allah), niscaya Allah menjadikan untuk setiap kesedihannya jalan keluar dan untuk setiap kesempitannya kelapangan dan Allah akan memberikan rizki (yang halal) dari arah yang tidak disangka-sangka.” 

(Dishahihkan oleh Imam Al-Hakim (AlMustadrak, 4/262) dan Syaikh Ahmad Muhammad Syaikh (Hamisy Al-Musnad, 4/55)


Jadi apa tunggu lagi sahabat..!

Auh!
Pohonlah ampunan daripada-Nya.
Kerana dengan terhapusnya dosa kita, pasti Dia akn meluaskan pintu rezeki buat kita insyaAllah..
Jadikan istighfar zikirmu..jadikan istighfar pengubat hatimu..penenang jiwa juga tanda kecintaan kita kepada Allah...<3


Firman Allah SWT maksudnya :

 “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)


Ini kisah IsTiGhFaR~
Kisah Imam Ahmad Bin Hanbal,pembuat roti dan istighfar...

Pada suatu malam Imam Ahmad pergi ke masjid untuk bermalam di masjid tetapi penjaga masjid tidak mengizinkannya. Dia pun kata “Aku akan tidur tepat di tempat pijakan tapak kakiku”.

Seorang pembuat roti datang dan kasihan melihatnya dan menawarkan Imam Ahmad bermalam di rumahnya. Pembuat roti itu menjamunya. Ketika pembuat roti itu menguli roti, dia sentiasa beristighfar membuatkan Imam Ahmad merasa kagum. Esok subuh, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti “Adakah engkau dapat hasil dengan istighfarmu itu?” (dia memang tahu kelebihan istighfar, sekadar bertanya faedah buat lelaki itu). Pembuat roti kata setakat ini semua yang didoanya tercapai kecuali satu iaitu niat untuk berjumpa Imam Ahmad.


Imam Ahmad kata “Akulah Imam Ahmad. Demi Allah aku benar-benar ditarik ke sini untukmu.”



MasyaAllah!Besarnya ibrah yg boleh diambil dri kisah pendek di atas..

Betapa besarnya kuasa sebuah 'istighfar' jika ia mnjadi amalan yg istiqamah...


Mari beristighfar!

Astaghfirullahal 'azim..semoga mnjadi hamba-Nya yg sentiasa tunduk dan taat..Amin!


Thursday, 18 July 2013

Tak perlu kaya untuk tenang..bukan miskin baru ingat Allah..Ingatlah pada-Nya di waktu susah dan senang


 Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)


Benarlah firman Allah bahawa hati akan tenteram dgn sentiasa mengingati-Nya..

Bagaimanakah cara mengingati Allah yg menyebabkan hati kite jadi tenang dan tenteram itu???
Wahai saudaraku..jgn kite terkeliru di sini,mengingati Allah di sini bukanlah hanya dgn menyebut nama Allah,tp mngingati Allah di sini adalah dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya...barulah hati jadi tenang..<3

Sebagai contoh..antra cara kita mengingati Allah adlh dgn mengerjakan solat fardhu dan solat sunat,membaca al-Quran,berzikir,bersedekah dan pelbagai lagi amalan soleh yg lain..
maka Allah berfirman bahawa dengan cara ini,hati kite akan menjadi tenang..benar bukan??

Sebab itulah,kite biasa mendengar orang yg tidak mengerjakan solat,selalu melakukan perbuatan yg tidak disukai oleh Allah dan sebagainaya,hatinya tidak akan tenang dan jiwa sentiasa kacau..dalam keadaan beginilah syaitan mudah untuk membisikkan kejahatan ke dalam diri kite dn kite akan mudah terhumban ke dalam lembah kebinasaan..oh,betapa mendalam dn bermaknanya kata2 Allah ini yg menjadi benteng agar kite selalu beringat..betapa sayangnya Allah pd hamba2-Nya…

Mari sama2 kite perhatikan maksud zikrullah itu sendiri:
--Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah”  dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.
--Sementara Ibn Asyur  mengatakan  “zikrullah”   bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan.
--Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.
***Ringkasnya,  “zikrullah”    bermaksud  kita  menguatkan hubungan dengan Allah SWT  dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.



Kita diajar untuk tidak sesekali meninggalkan berzikir kepada Allah..kerana zikir dapat mengubat penyakit hati yg terdapat dalam diri manusia seperti riak,takbur,ujub,bangga diri dan sebagainya..

Tetapi..harus diingat! Tuntutan zikir adalah di mana mulut menyebut kalimah zikir dan hati mengingati Allah..
Kalimah zikir yg paling ringkas adlh:  

SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH LAILAHAILLALLAH ALLAHUAKBAR WALAHAWLAWALAQUWWATAILLABILLAHILA’LIYYILA’ZIM
mudah bukan???jom sama2 amalkan di mana jua tak kire masa…:)

Apabila kite mnyebut nama Allah..ketahuilah bahawa Allah akan mengangkat dari 100 hati yg lalai kepada Allah..wah!betapa hebatnya zikrullah!!!


#tinggal zikir bererti MATI..
#hidupkan zikir bererti HIDUP..

p/s : hidup bukan untuk jadi 'bangkai bernyawa'..