Thursday 20 November 2014

Indahnya Hidup Kerana Allah :)

Wahai diri...

Sedarkah siapa kita ?
Sedarkah dari mana hadirmu ?

Hadir kita dari sehina-hina keadaan..
Hadir kita dari setetes mani yang dari itu kita merentasi proses yang panjang dari segumpal darah menjadi seorang insan..
Bagaimana itu semua boleh berlaku?
Pelik, hairan, ajaib tapi BENAR !
Maha Suci Allah..!
Maka terjawab lah persoalan "Dari mana manusia datang?" [QS Al-'Alaq : 1-5].

Namun..
Ia tidak terhenti di situ..
Belum ! Nanti dulu !
Penciptaan itu bukan sia-sia..
Jangan kita lupa..
Kita insan yang ditaklifkan..
Menjadi khalifah Allah di muka bumi ini (QS Al-Baqarah :30)..
Untuk mentaatiNya..
MengesakanNya..
MengagungkanNya..
Menjauhi laranganNya..
Beribadah kepadaNya (QS Az-Dzaariyat : 56)..
Itu ikrar kita sejak di alam rahim..
Maka terjawablah persoalan "Kenapa manusia datang ke alam ini?"

Lalu kita tertanya-tanya..
Ke mana kita setelah kematian dan pemergian kita dari dunia ini?
Terasa macam sudah lama hidup..
Tapi tidak pasti ke mana selepas ini..
Adakah kita akan berada dalam tanah dan akan hancur sebagaimana hancurnya pokok kayu?

Tidak, tidak dan tidak .

Kita dicipta dengan matlamat..
Manusia pasti akan dipersoalkan tentang segala perbuatan yang dibuat di atas dunia..
Apakah kita telah melaksanakan apa yang sepatutnya ?
Atau kita hanya hidup senang-lenang berfoya-foya tanpa punya tujuan hidup ?
Wal'iyazubillah !




Hakikatnya..
Kita akan pulang menemui Pencipta kita..
Berjumpa setelah 'dilepaskan' di bumi seketika.
Lalu disoal:
-Apa yang telah kita buat ?
-Kenapa kita melakukan itu dan ini ?
-Apa yang telah kita sumbangkan untuk membangunkan Islam ?
-Apa yang telah kita lakukan untuk membawa manusia kepada Allah ?
.
.
.
.
.
.
.

Allahu Allah.....

Lupakah kita ?
Dunia fana ini hanya sementara..
Akhirat sana lah yang kekal abadi..

Dunia sini tempat bercucuk tanam..
Akhirat sana baru hasilnya dikutip..

Dunia ini tempat bersusah paya dan berpenat lelah..
Akhirat sana tempat berehat rehat dan bersenang lenang..

Maka terjawablah persoalan ketiga dan terakhir iaitu "Ke mana hala tuju kita selepas kematian?" 

Tanyalah diri kita dengan kerap..
3 persoalan asasi yang bakal terjawab..
Tanyalah selalu agar kita ingat..
Agar hati selalu mengharap..
Dan diri sentiasa ingat..
Indahnya kehidupan jika segalanya kerana Allah !

Rindunya untuk kembali kepadaMu ya Allah.... <3








Monday 17 November 2014

Kiamat Itu Benar


Bismillahi walhamdulillah..
Assalamualaikum wbt..

Teman,
Sedarkah kita..
Kita berada pada akhir zaman..
Penghujung akhir zaman..
Pengakhiran kepada akhir zaman..
Takutnya Allah !

Namun..bilakah permulaan perkiraan akhir zaman itu?
Akhir zaman itu telah bermula dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu..
Allahu Allah..
Kerana dia khatimul anbiya'..
Tiada lagi Rasul setelah itu..
Allahumma solli 'ala muhammad . 

Saya mohon..
Saya dan kita semua..
Bersiap-siaga untuk kiamat dan akhirat mendatang..
Sedar dan tidak hanyut dibawa arus dunia..
Dunia penuh tipu daya dan fitnah..
Allah..

Zaman ini..
Peringkat zaman terakhir sebelum kiamat..
Zaman yang kata ulama'..
Kita kena gigit kuat2 syariat Allah dan Sunnah Rasulullah..
Zaman penuh mencabar.. 




Jangan kita..
Setelah matahari terbit dari Barat..
Tanda kiamat bakal berlaku..
Baru kita tersedar dari lena yang panjang..
Baru cepat2 nak bertaubat..
Baru tergesa-gesa untuk beribadah..
Malangnya..
pintu taubat sudah tertutup..
Tiada lagi kiraan amal dan dosa. 

Mari kita..
Sama2 amalkan QS al-Kahfi. 
Pelindung dari fitnah dajjal. 
Ia fitnah yang besar..
Fitnah berbisa..
Hakikatnya telah kita pelajari dan ketahui..
Namun praktikal apabila berhadapan dengannya berdasarkan amalan kita..

Jom kita..
Jangan tangguh lagi..
Segera bertaubat apabila berbuat dosa..
Biar terus terhapus dosa itu..
Supaya tidak tertutup hati kita dari menerima hidayah dari Allah..
Astaghfirullahal'azim...


Ya Allah Ya Tuhan kami..
Tunjukilah kami jalan yang lurus sehingga ke akhirnya..
Jalan yang Engkau redhai..
Kurniakan kami husnul khatimah (kesudahan yang baik)..
Masukkan kami ke syurgaMu..
Jauhi kami dari azabMu sama ada di dunia mahupun azab neraka di akhirat kelak..
Engkau sandaran kami Ya Allah..
Kami bertawakkal dan mohon petunjuk dariMu Allah..
Bantu kami Ya Allah..
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..

:'(





Maha Pemurah dan Penyayang Nya Allah


Bismillahirrahmanirrahim..

Sungguh!
Benar!
Allah Azza Wa Jalla..
Dia lah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Penyayangnya Allah berganda-ganda melebihi sayangnya seorang ibu yang penyayang kepada anaknya yang amat disayangi..
Allahu Allah..:'(




Jom baca Hadith Qudsi ni..

Hadith Rasulullah SAW drpd Saidina Uthman bin 'Affan..
Baginda SAW telah bersabda (mafhumnya):

"Sesungguhnya telah sampai umur umatku 40 tahun, maka akan Aku jauhkan darinya 3 penyakit iaitu gila, sopak dan kusta. Apabila sampai umur nya 50 tahun, Aku akan hisab ia dengan hisab yang ringan. Apabila umurnya sampai 60 tahun, Aku akan campakkan ke dalam hatinya rasa seronok untuk bertaubat kepadaKu. Apabila telah sampai umurnya 70 tahun, Aku akan meminta malaikat kasih kepadanya. Apabila umurnya sudah sampai 80 tahun, Aku akan tulis kebajikan baginya dan Aku tidak akan memandang akan kejahatan yang dilakukannya. Apabila telah sampai umurnya 90 tahun, maka diampunkan dosanya, Aku akan mempermudah urusannya dan mengurniakan syafaat kepadanya. Apabila sudah sampai umur 90 tahun (umur nyanyuk), ketika itu Allah tuliskan kebaikan2 baginya yang pernah dia lakukan ketika dia kuat dan sihat dahulu. Jika ada kesalahan yang dilakukan pada waktu ini, Allah tidak akan tulis dosa baginya."

[Hadith Riwayat Imam Tirmidzi]

Kesimpulannya:
1)Bergembiralah kamu wahai golongan 40 tahun ke atas..
Semoga berkat umurmu..
Ini lah masamu untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya.
2)Bersyukurlah bagi mereka yang ada dalam jagaan mereka golongan 40 tahun ke atas ini..
Semoga berkat kehidupanmu..
Ini lah masa bagimu untuk menabur jasa, menambah amal serta mengutip hasil mu di akhirat kelak in shaa Allah.
3)Wahai orang muda..
Berlembutlah kamu dengan golongan ini terutamanya ibu dan bapamu..
Semoga ganjaran yg besar menantimu di sana.
4)Wahai golongan yang disebut dalam hadith di atas..
Sungguh besar keebihanmu..
Semoga janji Allah ini tidak dipersiakan.

Mari semuanya..
Fastabiqulkhairat !