Bismillahirrahmanirrahim [Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang]
Assalamualaikum w.b.t.
*Peringatan bersama..
Kegelisahan manusia di Padang Mahsyar
Kehancuran alam semesta ini bermula apabila sangkakala ditiup..
Ingatkah kita sangkakala akan ditiup sebanyak 2 kali kelak..
Tiupan pertama menyebabkan
alam semesta dan semua kehidupan yg berada di dalamnya hancur
berkecai..dikatakan sehingga ibu tidak lagi mengenal anaknya dan perempuan yg
sedang mengandung keguguran disebabkan terlalu takut dan cemas..Allahurabbi..
Manakala tiupan kedua menyebabkan seluruh makhluk kembali bangkit
untuk menjalani kehidupan tahap kedua..
Selepas itu, semua makhluk bergerak dalam rombongan besar yg
terdiri drpd jutaan manusia menuju ke satu arah [Hati manusia pd waktu itu sgt
takut dgn pandangan yg tertunduk]..
Mereka kemudian berkumpul di Mahsyar iaitu sebuah padang luas yg
tanahnya putih bak pasir di pinggir pantai ,datar tanpa bukit dan lubang.
Setiap org pd hari kebangkitan ini berasa sgt terseksa sebelum
mereka dihisab seperti rasa lapar,takut,penat,bimbang,tertekan dan pelbagai
kesusahan lain yg tak dpt kita bayangkan skng..Allah..
Tapi...
Dalam kesusahan itu,terdapat beberapa golongan yg seolah2 tidak
merasa susah dan terseksa..[Beruntungnya golongan ini]
Mereka ialah org yg di dunia merasa kesusahan sementara demi
menjaga agama dan prinsipnya,ketika kebanyakan manusia pada ketika itu
menikmati keseronokan hawa nafsunya..
Rasulullah S.A.W. bercerita tentang mereka dgn sabdanya:
Maksudnya: “Tujuh golongan yg berada di bawah naungan Allah
ketika tidak ada naungan selain naunganNya;pemimpin yg adil,pemuda yg tumbuh
membesar dlm ibadah menyembah Allah,seseorang yg hatinya terpaut kpd masjid
jika ia keluar hingga kembali semula,2 org yg saling mencintai kerana
Allah;mereka berjumpa dan berpisah keranaNya,seseorang yg mengingati Allah
dalam keadaan sendirian hingga menitiskan air mata,seorang lelaki yg dirayu
oleh wanita cantik dan terhormat namun menolaknya dgn berkata:Aku takut kpd
Allah,dan seseorang yg bersedekah dgn sembunyi2 hingga tangan kirinya tidak
tahu apa yg diberikan oleh tgn kanannya.”
Siapakah 7 golongan yang disebut oleh Rasulullah itu?
1=Pemimpin yg adil
2=Pemuda yg tumbuh membesar dlm ibadah menyembah Allah
3=Seseorang yg hatinya terpaut kpd masjid jika ia keluar hingga
kembali semula
4=Dua org yg saling mencintai kerana Allah;mereka berjumpa dan
berpisah keranaNya
5=Seseorang yg mengingati Allah dalam keadaan sendirian hingga
menitiskan air mata
6=Seorang lelaki yg dirayu oleh wanita cantik dan terhormat namun
menolaknya dgn berkata:Aku takut kpd Allah
7=Seseorang yg bersedekah dgn sembunyi2 hingga tangan kirinya tidak
tahu apa yg diberikan oleh tgn kanannya
Ya Allah Ya Tuhanku,masukkanlah kami ke dalam golongan yg memperoleh naungan-Mu kelak,jadikanlah kami dan org tua kami termasuk
hamba-hambaMu yg dapat masuk ke syurga-Mu tanpa hisab.Sesungguhnya Engkau
selalu mendengar dan mengabulkan doa hamba-hambaMu..
Amiin..